Onlinekan bisnes anda sebenarnya adalah cara kami untuk mengembangkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih maju dan sebenarnya tidak susah untuk capai ke tahap itu. Namun yang menjadi isu ialah anda tidak tahu bagaimana untuk memasarkan produk anda secara atas talian, isi kandungan apa yang diperlukan bagi menarik perhatian pengguna, reka bentuk website seperti apa yang dapat menangkap mata pengguna, gambar apa yang sesuai untuk diletakkan di media sosial dan yang paling penting ialah anda tidak tahu untuk menulis.
Apa yang kami maksudkan dengan tidak tahu menulis di sini bukannya anda tak tahu nak menggunakan keyboard tetapi konten apa yang anda nak tulis. Itu lah yang anda tak tahu. Secara tidak langsung, anda akan stress kerana membanding – bandingkan bisnes orang lain dengan bisnes anda.
Tambahan, musim Covid 19 sekarang memaksa setiap perniagaan untuk berniaga secara online kerana orang ramai lebih gemar untuk membeli secara online berbanding pergi ke kedai. Rasanya, anda juga seperti itu kan? Untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan virus Covid 19, kita akan mengambil langkah inisiatif untuk tidak pergi ke kedai. Hatta, barang – barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak juga telah disediakan satu platform untuk membeli secara dalam talian seperti di dalam Shopee dan Lazada.
Supermarket seperti Jaya Grocer, Mydin, Tesco juga mengambil pendekatan yang sama untuk membuat kedai mereka berniaga secara atas talian kerana mereka tahu orang ramai sekarang kurang gemar untuk menjejakkan kaki ke tempat – tempat sesak. Mereka khuatir akan terkena jangkitan penyakit yang melanda dunia sekarang, yang umumnya tahu bukan sahaja di Malaysia.
Kelebihan berniaga secara online
Tak perlu lagi kami terangkan dengan begitu mendalam betapa untungnya pemilik perniagaan onlinekan bisnes kerana pastinya anda juga tahu kelebihan – kelebihan tersebut. Anda mungkin mendengarnya daripada rakan taulan, keluarga atau mungkin membacanya di internet.
Sebagai usahawan kecil, anda boleh memulakan perniagaan online anda dengan membina satu halaman di Facebook atau Instagram atau kedua – duanya sekali. Seperti yang kami ada kongsikan di blog sebelum ini, Facebook ialah satu medium pemasaran yang bagus untuk peniaga berniaga secara online.
Rujuk sini: Facebook Sebagai Medium Pemasaran: Lesson 101
Tetapi, sampai satu tahap, anda perlu kembangkan lagi perniagaan anda kepada tahap yang lebih tinggi dan dikenali lebih ramai orang. Ini lah saatnya untuk anda membina website! Kami mengerti dan faham bajet untuk membina sebuah website pasti kurang bagi usahawan yang baru memulakan bisnes. Anda boleh mulakan langkah dengan pembinaan kedai online di media sosial. Namun, sekiranya kita melabur untuk sesuatu yang pastinya mendatangkan hasil dan perbanyakkan jualan, apa salahnya?
Cuba anda bayangkan dan fikir sejenak. Mengapa Shopee, Lazada, Zalora, dan pelbagai lagi perniagaan e-dagang tidak menggunakan platform media sosial sahaja? Sebaliknya, mereka ada website. Mereka tidak menggunakan Facebook atau Instagram sahaja untuk memasarkan produk mereka dan tunggu Whatsapp masuk? Bagi kami, ini adalah suatu kerja yang tidak pratikal. Kita sudah ada produk yang bagus dan banyak, tapi kita tidak salurkan ke platform yang betul. Bagaimana untuk kita kembangkan lagi perniagaan?
Perlu Ke Saya Onlinekan Bisnes Saya Ni?
Baik lah. Ramai yang bertanya kepada kami soalan ini. Bukan anda seorang sahaja tetapi ramai peniaga di luar sana yang keliru dan kurang tahu sebenarnya berniaga secara online lebih membawa kebaikan kepada perniagaan mereka. Di sini, kami kongsikan serba sedikit pendapat tentang ini dan anda boleh menilainya kemudian.
Rujuk sini: 3 Rahsia Bisnes Anda Perlu Website
Juga sini: Facebook Sebagai Medium Pemasaran:Lesson 102
Kami ambil contoh sekiranya anda tidak berniaga secara online. Contoh kisahnya, Encik Abu merupakan seorang peniaga kedai runcit. Sebenarnya, seorang sahaja sudah cukup untuk menjalankan perniagaan kedai runcit kecil-kecilan Encik Abu. Hatta, memang selama ini Encik Abu sahaja yang menjaga kedai beliau. Tetapi, sampai satu saat, Encik Abu berhasrat untuk menaik taraf perniagaanya. Untuk menjayakan hasratnya itu, Beliau memerlukan pekerja yang lebih ramai seperti:
- Pekerja am yang mengemaskinikan produk baru sampai dan menjaga kedai
- Promoter yang melariskan jualan.
- Pakar pemasaran yang boleh menjenamakan dan mengiklankan perniagaan ke orang ramai.
- Juruwang atau akauntan telus yang boleh bertanggungjawab menjaga urusan jual beli.
- Pegawai keselamatan,
- Penghantar barangan ke rumah – rumah atau ke Pos Laju
Dan, begitulah seterusnya. Encik Abu terpaksa mengupah lebih ramai pekerja untuk menguruskan perniagaannya. Sedangkan, kalau Encik Abu berniaga online, beliau dapat menjimatkan wang untuk tidak mengupah pekerja tambahan. Sebaliknya, robot yang akan mengambil alih tugas pekerja – pekerja tambahan beliau. Nampak tak berapa banyak kos Encik Abu dapat jimatkan di sini?
Persoalannya, Website atau Media Sosial?
Di bawah ini, kami sertakan jadual perbandingan antara berniaga tanpa online, berniaga menggunakan website, dan berniaga menggunakan media sosial supaya anda boleh nampak dengan lebih jelas apa yang ingin kami sampaikan dan anda boleh membuat keputusan untuk perniagaan anda.
Perkara | Berniaga Tanpa Online | Berniaga Menggunakan Website | Berniaga Menggunakan Media Sosial |
Kos pekerja | Kos banyak dikeluarkan sekiranya mengambil pekerja yang ramai | Tiada sebarang kos pekerja tambahan dikeluarkan | Kos upah pekerja untuk membalas Whatsapp pengguna |
Masa berniaga | Ada had masa. Kebanyakan kedai mengambil masa operasi dari 10 pagi sehingga 8 malam | Tiada had untuk anda menjalankan perniagaan anda. Perniagaan anda beroperasi selama 27 jam sehari | Terdapat had masa kerana pekerja yang boleh balas Whatsapp pelanggan hanya bekerja dari 10 pagi sehingga 8 malam. |
Bilangan pelanggan | Sama sahaja jumlahnya atau mungkin berkurang | Pelanggan bertambah dari semasa ke semasa tanpa henti | Ada pertambahan tapi dalam skala sedikit |
Kami pasti, selepas anda membaca artikel ini, anda mesti tertanya – tanya sama ada perniagaan anda perlu menggunakan media sosial sahaja atau perlu juga ada website? Hal itu akan kami kupaskan di lain hari. Untuk hari ini, kami cuma ingin menerangkan mengapa anda perlu berniaga online dan kami harap anda dapat beberapa input berguna daripada penulisan ini. Sekarang anda sudah nampak kelebihan onlinekan bisnes anda?
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!