Pentingnya SMART Objectives ini adalah untuk kita menetapkan objektif dan matlamat perniagaan kita, serta penyelesaian yang ada sekiranya terdapat apa – apa masalah dengan perniagaan kita. Tetapi, kita cenderung untuk buat tujuan kita menjadi umum sahaja. Maksudnya, tak khusus. Sebagai contoh, objektif yang umum adalah untuk meningkatkan penjualan.
Tetapi tingkatkannya seberapa banyak? Dan bila kita boleh capai semua tu? Matlamat yang sepatutnya anda praktikkan adalah seperti: ‘Meningkatkan penjualan sebanyak 10% pada akhir bulan ini’. Dengan cara ini, anda telah menetapkan satu matlamat yang lebih boleh dicapai. Inilah tujuan SMART Objectives.
Jadi apa maksud SMART Objectives?
S – Specific (Spesifik)
Jadilah spesifik! Tidak ada gunanya menetapkan satu matlamat yang umum kerana ia tidak sesuai dengan perniagaan anda. Perniagaan anda perlukan satu matlamat yang spesifik! Baru lah anda boleh bawa perniagaan ke arah yang lebih maju.
Matlamat yang tidak spesifik hanya akan membuat perniagaan anda terumbang ambing tiada hala tuju yang tetap. Sekejap anda jadi begini, sekejap anda jagi begini. Ambil masa dan fikirkan matlamat yang spesifik.
M – Measureable (Boleh Diukur)
Adakah matlamat anda boleh diukur? Contohnya, matlamat anda adalah untuk menjual produk anda dengan lebih banyak. Jadi, apa cara untuk anda mengukur matlamat itu? Anda boleh mengukurnya dengan jumlah unit yang sudah terjual. Dengan adanya matlamat yang dapat diukur, hal ini membolehkan anda mengenal pasti bila matlamat itu akan tercapai,
A – Achievable (Boleh Dicapai)
Tujuan matlamat yang boleh dicapai adalah untuk mencabar dan memotivasi diri untuk perniagaan anda. Jika anda menetapkan sasaran anda terlalu tinggi, itu boleh menyebabkan tekanan kepada anda. Bukan pada anda sahaja. Begitu juga dengan pekerja – pekerja anda. Seterusnya, hal ini pastinya akan mengurangkan kemungkinan sasaran anda berada dalam jangkauan anda.
Begitu juga jika sasaran terlalu mudah. Hal ini akan menghalang anda untuk mendorong diri sendiri dan melakukan lebih banyak perkara yang boleh memajukan perniagaan anda. Anda perlu ingat. Menetapkan sasaran yang munasabah adalah penting!
R – Relevant (Relevan)
“Saya akan memiliki syarikat berjuta-juta ringgit pada akhir bulan ini”. Pernah anda terfikir macam tu? Pada pandangan orang lain, mungkin cita – cita anda ini agak tinggi dan sukar dicapai. Tapi, jangan salah faham bahawa cita-cita adalah ciri utama. Perkara yang harus anda utamakan adalah mungkin anda boleh bermula dengan sesuatu yang matlamat yang lebih realistik.
Ingat! Semua perniagaan yang berjaya tidak hanya berjaya dalam sekelip mata. Mereka semua sudah menghadapi pelbagai cabaran, halangan, dan rintangan. Jika anda juga menghadapi situasi sebegini, jangan terus jatuh! Bangkit semula dan ingat balik apa sebab anda mulakan perniagaan anda.
T – Time Bound (Masa)
Tarikh akhir atau lebih mudah difahami deadline. Bukan sesuatu yang kita suka, tetapi sesuatu yang paling kita perlukan. Kami yakin ramai orang di luar sana yang suka menunda-nunda. Contohnya, jika mereka duduk di meja mereka kerana mengetahui ada pekerjaan yang perlu dilakukan, mereka mesti terganggu dengan telefon yang berdering, atau terbaca berita hangat.
Sekiranya mereka mengangkat panggilan tersebut dan rupa – rupanya itu adalah kawan mereka, mesti lama mereka berbual. Begitu juga dengan terbaca berita hangat di media sosial. Mereka sangat mudah untuk tersesat di dunia internet dengan membaca pada mulanya. Kemudian, menonton video lucu pula, Jadi, macam mana dengan kerja yang sepatutnya diselesaikan tadi?
Tapi, bagaimana sekiranya anda menetapkan, “Baik lah. Jam 2 kerja ini akan siap.” Sekiranya begitu, tahniah kami ucapkan! Anda baru sahaja memotivasi diri untuk menyelesaikan pekerjaan dalam masa yang diperuntukkan.
Mengapa anda mesti menerapkan SMART Objectives untuk kehidupan kerja dan juga peribadi anda?
Mesti anda pernah rasa satu perasaan yang memuaskan bila anda dapat selesaikan kerja anda dalam waktu yang diberikan, bukan?Sebenarnya, bukan hanya kerana perasaan memuaskan itu tetapi ia dapat membantu anda untuk menjadi lebih teratur dan tersusun mengikut keutamaan anda. Ianya sangat memotivasikan dan dapat memberikan rasa fokus dan anda tahu apa yang perlu diselesaikan dahulu.
Sekiranya sekarang anda sedang menghadapi kesulitan untuk membangunkan perniagaan anda, kami yakin anda boleh berjaya suatu hari nanti. Kerana, kita ini seperti tanaman. Apa yang anda tanam, itu lah yang anda akan tuai. Jadi, adakah anda ingin berputus asa dari sekarang? Jangan pernah putus harapan untuk berjaya! Kami sedia membantu sekiranya anda memerlukan apa – apa bantuan.
Baca Lanjut: Siapa Lagi Nak Bisnes Maju?