Facebook vs Google ni selalu menjadi perbualan mulut antara ahli-ahli perniagaan di luar sana. Banyak pengiklan melihat Iklan Google AdWords dan Facebook dengan cara yang bertentangan.
Kebanyakan daripada mereka akan bertanya kami soalan yang kerap kami dapat iaitu, “kempen mana satu paling sesuai dengan perniagaan saya? Iklan Google atau iklan Facebook? Saya keliru lah antara dua ni.”
Nampak sukar untuk dijawab tetapi sebenarnya tidak lah sesusah mana. Hakikatnya, kedua-dua jenis kempen mampu memberikan impak yang besar terhadap perniagaan.
“Kedua-dua rangkaian ini unggul dalam memberikan hasil kerana apabila berceritanya tentang pemasaran atas talian, Iklan Google dan Iklan Facebook mendominasi industri ini”
Cuma, anda perlu bijak untuk menentukannya berasarkan tujuan kempen anda. Apa matlamat kempen anda? Dari situ, mudah lah untuk anda membuat satu keputusan yang tepat dan pastinya dapat menaikkan jualan perniagaan anda.
Apa tujuan kempen anda?
Sebelum anda memilih platform iklan untuk kempen anda, seperti yang kami beritahu tadi, anda harus tahu terlebih dahulu tujuan kempen anda.
Sekiranya anda ingin membina kesedaran jenama anda kepada lebih ramai pelanggan, kami sarankan anda memilih iklan di Facebook kerana Facebook lebih kepada kesedaran jenama anda dan Google lebih kepada memberi hasil yang segera apabila dicari.
Google lebih menyasar pelanggan berdasarkan kata kunci di mana boleh membantu pemasar mendapatkan khalayak berdasarkan kata kunci yang dipilih.
Sesetengah syarikat besar di luar sana yang lebih mahu mewujudkan jenama di khalayak pengguna, mereka lebih suka menggunakan Facebook. Manakala, bagi syarikat yang berobjektif untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, mereka akan menggunakan Google.
Anda boleh nampak sedikit perbezaannya di sini? Masih keliru untuk membuat keputusan? Jom baca lagi!
Siapa sasaran anda?
Penting untuk anda menentukan sasaran audiens yang tepat supaya perbelanjaan iklan anda tidak lah membazir untuk sasaran yang salah. Kita pasti mahu kempen kita berkesan dan membawa impak yang positif bukan? Jadi, mana satu pilihan anda?
Sesetengah syarikat mengatakan bahawa Facebook lebih berhasil dalam menyasarkan semula audiens menggunakan iklan berbanding Google. Iklan Google memberikan hasil yang kurang pada penargetan semula berbanding dengan Facebook. Tetapi anda boleh menggunakannya untuk menjalankan iklan jenama dan lain-lain.
Sesuaikan perniagaan dengan cara pemasaran yang betul
Seperti yang anda lihat, anda perlu lah menyesuaikan tahap perniagaan anda dengan cara pemasaran yang betul. Facebook vs Google memang selalu menjadi isu dan yang boleh selesaikannya hanya dengan melakukan apa yang kami beritahu anda tadi.
Anda boleh rujuk dengan pakar sekiranya anda ragu – ragu dalam membuat pilihan pemasaran digital ini. Kami di Syspro Web Development, mampu membantu anda kecapi impian perniagaan anda dan menaikkan jualan dengan cepat, pantas, dan mudah!
Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari ke laman ini dan dapatkan konsultasi pemasaran digital secara PERCUMA.
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!