Dalam konteks pengiklanan visual seperti di Facebook, Instagram dan lain-lain memerlukan kemahiran copywriting dalam pukau pelanggan. Erti kata lain, menarik perhatian mereka untuk membaca konten anda di media sosial. Bila mana kita berjaya menarik perhatian mereka, itu merupakan petanda awal bahawa konten kita akan dibaca.
Baca Lanjut: Bagaimana Cara Buat Copywriting Power?
Setiap bisnes di Facebook bertujuan satu sahaja iaitu untuk mendapatkan lebih banyak jualan produk. Mendapatkan lebih banyak jualan di Facebook bermaksud perkara yang berbeza untuk pelbagai jenis perniagaan,
Bagaimanapun, setiap jenama akan ada objektif yang berbeza-beza seperti memacu penjualan di kedai, meningkatkan penjualan dalam talian, melancarkan produk baru, membangunkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan bisnes atau mempromosikan aplikasi telefon bimbit.
Panduan ini terutamanya berguna untuk perniagaan yang mahu menjana pelanggan atau penjualan dalam talian menggunakan copywriting yang dapat pukau pelanggan!
#1. Headline Pukau Pelanggan
Kita perlu faham satu fakta ini dimana manusia ni sibuk. Sibuk dengan hal masing-masing sama ada sibuk uruskan jualan tudung, jualan baju kurung, atau sibuk menjaga stok baju. Jadi, apa yang kita perlu buat bila kita tahu satu fakta ni? Iklan kita mestilah ada daya penarik yang membuatkan mereka tidak boleh berhenti membaca iklan anda.
Jika iklan kita dari awal sudah tak menarik, jangan harap mereka nak baca sampai habis. Sebab tu, permulaan kepada segalanya ialah headline. Headline ni merupakan nadi paling penting dalam copywriting iklan. Kalau dari awal headline kita tak dapat nak pukau perhatian mereka, konten yang sudah ditulis tu sia-sia saja.
Jagi bagaimana nak hasilkan headline yang dapat pukau pelanggan? Antara cara cepat untuk tarik perhatian mereka adalah dengan spesifikkan kepada kelompok mereka. Sebagai contoh, bayangkan diri anda sebagai ejen penjual tudung, headline mana satu yang lebih menarik perhatian anda?
- Sukar mencari tudung?
- Sukar mencari tudung ke majlis kahwin?
- Sukar mencari tudung yang senang bentuk ke majis kahwin?
Cuba anda pilih yang mana satu? 1, 2, atau 3? Mengikut kajian kami, semakin spesifik headline itu, semakin mudah golongan tersebut untuk tertarik kerana mereka berasakan seperti masalah itu memang dituju khas untuk mereka.
#2. Copywriting Yang Relevan
Suka untuk kami ingatkan bahawa setiap copywriting yang anda hasilkan mestilah relevan atau kena tepat pada sasaran audiens anda. Tapi, sebelum anda nak tahu sama ada copywriting anda relevan atau tidak, pastikan anda tahu dahulu siapa audiens anda.
Apabila anda sudah menetapkan siapa audiens anda, mudahlah urusan anda untuk merangka copywriting yang relevan dengan diri mereka. Tapi jangan ingat semuanya behrenti di situ saja. Jangan lupa untuk lakukan analisis dan sedikit kajian tentang keperluan dan kemahuan mereka. Dari situ lah, baru anda tahu apa yang mereka perlukan dan apa yang dapat menyelesaikan masalah mereka.
Haa! Jangan ingat kat situ je. Ada lagi kena buat tau. Bila anda dah siap rangka copywriting yang nampak relevan dengan audiens anda, anda boleh masukkan unsur-unsur emosi seperti marah, sedih, gembira, takut, dan sebagainya. Apa jua berbentuk emosi, anda boleh masukkan. Dengan cara itu, audiens anda dapat berasakan bahawa copywriting yang ditulis memang dituju khas untuk mereka.
Copywriting Pukau Pelanggan
Jadi, kami dah beri beberapa tips dan cara untuk hasilkan copywriting yang menarik dan dapat pukau pelanggan kurang 5 saat! Anda boleh mula praktiskan ilmu yang kami kongsikan untuk bisnes anda dan lihatlah kesan yang akan terjadi pada jualan anda!
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!