Menentukan siapa sasaran audiens anda boleh menjadi langkah pertama yang penting dalam membuat strategi pemasaran yang tidak hanya berkesan tetapi juga dapat memenuhi keperluan jangka pendek dan jangka panjang anda. Banyak perniagaan sukar mengenal pasti siapa audiens mereka. Semasa menentukan sasaran audiens anda, yang terbaik adalah memastikan soalan anda tidak banyak supaya anda mudah untuk menentukan siapakah mereka sedikit demi sedikit.
Apa Itu Sasaran Audiens?
Sasaran audiens adalah sekumpulan pengguna yang dicirikan oleh tingkah laku dan demografi tertentu, seperti atlet lelaki ekstrim berusia antara 18 dan 25 tahun. Mereka ini ialah tonggak kebanyakan perniagaan yang mempengaruhi strategi pemasaran mereka, seperti tempat menghabiskan wang iklan, cara menarik minat pelanggan, dan bahkan produk apa yang akan dihasilkan seterusnya.
Sasaran audiens juga digunakan untuk menentukan pelanggan avatar perniagaan. Customer Avatar atau pelanggan avatar adalah gambaran keseluruhan perwakilan pelanggan ideal perniagaan, diambil dari data yang membentuk sasaran audiens anda. Beberapa bidang demografi dan tingkah laku ini adalah lokasi, umur, jantina, pekerjaan, pendapatan.
Maklumat ini berguna dalam memahami pelanggan anda dan bagaimana mereka membuat keputusan pembelian. Menyasarkan audiens tertentu juga akan membantu kempen anda menjangkau orang yang betul yang paling banyak mengaitkan mesej dan produk syarikat anda.
Bagaimana Nak Tentukan Sasaran Audiens?
Tanyakan pada diri anda lima soalan ini untuk menentukan siapa audiens anda:
- Apakah demografi pelanggan saya?
- Apakah gaya hidup mereka?
- Masalah apa yang dihadapi oleh mereka?
- Apakah faedah produk anda?
- Apa yang menarik perhatian mereka secara negatif?
Boleh Terangkan Dengan Lebih Lanjut?
Boleh. Kenapa tak boleh? Bagi soalan pertama, tempat terbaik untuk memulakan penentuan sasaran audiens anda adalah dengan maklumat demografi asas mereka. Jantina, usia, dan status perkahwinan adalah semua komponen penting yang bertindak sebagai titik permulaan kepada soalan-soalan anda yang lain. Dalam satu audiens anda, boleh terjadi ada beberapa gabungan sama ada dua atau tiga ciri-ciri seperti seorang lelaki bujang yang berumur 25 tahun.
Soalan kedua pula, di mana mereka selalu menghabiskan masa mereka dalam talian? Apa jenis aktiviti yang mereka gemari? Mencari jawapan untuk soalan gaya hidup ini dapat membantu anda mengembangkan strategi yang jelas untuk memanfaatkan audiens unik anda. Ini dapat membantu anda daripada menghabiskan masa berusaha bina strategi pemasaran yang tidak mencapai sasaran yang anda inginkan.
Untuk soalan ketiga, pengguna mencari syarikat yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Jika mereka tidak ada masalah, buat apa mereka mencari anda? Jadi, penting di sini untuk anda mengetahui lebih banyak mengenai mereka. Bukan sahaja mencari tahu untuk menentukan audiens anda tetapi juga masalah yang mereka hadapi. Apakah keperluan terbesar mereka? Di platform apa mereka pergi untuk mengadu masalah mereka?
Jawapan untuk soalan keempat, fikirkan tentang kelebihan produk anda dan masalah audiens anda. Apa faedah yang ada pada produk atau perkhidmatan anda? Apa yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah mereka? Dengan persaingan yang banyak, anda mesti berusaha mencari kelebihan anda dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan produk anda, dengan menawarkan sesuatu yang lebih yang tidak dimiliki orang lain.
Yang terakhir, bersikap optimis memang membantu tetapi memikirkan perkara negatif juga dapat membantu. Anda boleh pertimbangkan apa yang mereka tidak suka, apa yang dianggap negatif dan apa yang mereka nak elakkan. Dengan maklumat ini, anda ada peluang yang lebih untuk memikat bakal pelanggan anda. Mengelakkan perkara yang mereka anggap negatif adalah langkah pertama untuk mendapatkan persetujuan mereka.
Macam Mana? Mudah kan?
Sekiranya anda mempunyai banyak sasaran audiens dan hanya ada seorang yang bertanggungjawab untuk membuat kempen, jangan rasa seolah-olah anda harus fokus pada setiap sasaran audiens anda sekaligus. Anda boleh menyasarkan satu golongan untuk setiap satu kempen bagi memastikan anda benar-benar boleh melakukannya.
Baca Lanjut: 5 Statistik Pengalaman Pelanggan Yang WAJIB Anda Tahu
Sasaran audiens bertujuan untuk melibatkan mereka sebagai pengguna dan memberi anda idea yang babagus tentang cara memasarkannya kepada mereka. Jika anda cari di Google tentang bagaimana syarikat Vans membuat banyak akaun media sosial untuk setiap sasaran audiens yang berlainan, dan anda rasa perniagaan anda sesuai untuk lakukan sebegitu juga, lakukanlah. Sekiranya anda mempunyai satu sahaja golongan sasaran audiens, anda masih boleh mendapat manfaat daripada mengetahui semua yang anda dapat mengenai mereka.
Kami doakan kejayaan anda dalam mengembangkan bisnes anda ke peringkat yang lebih maju dan selamat berkempen!
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!