Statistik internet adalah satu pengetahuan am yang perlu diambil peduli oleh setiap perniagaan. Ingin menjadi sebahagian daripada pasaran e-dagang yang sedang berkembang pesat? Sebelum anda bercita – cita sebegitu, penting untuk anda fahami asas e-dagang iaitu internet.
Statistik penggunaan internet akan membuka luas mata anda terhadap fungsi pasaran e-dagang. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi statistik internet dan soalan yang sering ditanya mengenai internet. Soalan seperti berapa ramai yang menggunakan internet sekarang, berapa banyak laman web di internet, dan berapa lama seseorang menghabiskan masa di internet.
Dengan statistik penggunaan internet ini, anda akan dapat idea yang lebih baik tentang bagaimana status perniagaan e-dagang anda. Sehingga anda akan tahu bagaimana membina strategi pemasaran digital anda yang berkesan.
Berapa ramai yang menggunakan internet?
Salah satu statistik penggunaan internet yang perlu anda ketahui ialah berapa ramai yang menggunakan internet. Sehingga suku ketiga tahun 2019, terdapat lebih daripada 4.33 bilion pengguna internet aktif. (Datareportal, 2019). Itu menunjukkan peningkatan sebanyak 327 juta orang dari tahun ke tahun berbanding suku ketiga tahun 2018. Pada kadar 8.2 peratus, pertumbuhan pengguna internet aktif di seluruh dunia lebih daripada 8 kali lebih cepat daripada jumlah pertumbuhan penduduk.
Menonton video ialah aktiviti paling popular yang dilakukan oleh pengguna internet iaitu 9 daripada setiap 10 pengguna internet akan menonton video dalam talian. Ini diikuti dengan streaming muzik, menonton vlog, mendengar radio dalam talian dan mendengarkan podcast.
Berapa banyak laman web di internet?
Jumlah laman web semakin meningkat selepas laman web pertama dilancarkan pada bulan Ogos 1991 oleh Tim Berners-Lee. Pada awalnya hanya puluhan laman web. Kemudian diikuti dengan ratusan, ribuan, sebelum melonjak ke jutaan laman web baru setiap tahun sebelum tahun 2000 lagi.
Hari ini, terdapat lebih daripada 1.8 bilion laman web di web seluruh dunia. Sebilangan besar laman web ini dipelopori oleh syarikat Amerika Syarikat, GoDaddy yang mempunyai lebih dari 1.5 juta domain berdaftar.
Berapa lama seseorang menghabiskan masa di internet?
Memandangkan terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dalam talian, tidak terkejut lah jika statistik penggunaan internet oleh seseorang tinggi. Secara purata, pengguna internet menghabiskan masa selama 6 jam 30 minit sehari.
Sebagai pemilik perniagaan e-dagang, anda pasti berminat untuk mengetahui bagaimana pengguna internet menghabiskan masa mereka dalam aktiviti e-dagang secara dalam talian.
Angka terbaru menunjukkan bahawa 91 peratus pengguna internet mengunjungi kedai dalam talian, 84 peratus melakukan carian dalam talian untuk produk atau perkhidmatan yang ingin dibeli.
Membeli belah secara dalam talian memberi impak yang besar bagi perniagaan yang menggunakan medium media sosial. Hal ini adalah kerana media sosial merupakan tempat penjualan dimana pengguna internet menghabiskan sebahagian besar masa mereka. Rata – rata, seseorang menghabiskan masa lebih dari 2 jam sehari di media sosial dan pengguna yang teramai ialah golongan Millenial diikuti dengan Generasi X.
Akhir kata,
Faktor ramainya pengguna internet di seluruh dunia menyebabkan internet benar – benar menjadi peluang terbesar bagi pemilik perniagaan e-dagang untuk memasarkan produk anda.
Cukup dengan informasi mengenai statistik penggunaan internet yang penting? Kini masa anda untuk mengambil langkah seterusnya dalam merancang pemasaran secara digital sama ada pemasaran memalui laman web, emel atau media sosial.