Rahsia bisnes perlu website ini jangan dikongsi dengan siapa – siapa! Sedar atau tidak, kehadiran perniagaan dalam talian sebenarnya memberikan impak yang besar dalam kejayaan sesebuah perniagaan tanpa mengira industri. Pada zaman teknologi kini, terdapat beberapa perniagaan yang tidak menyedari bahawa sebahagian besar daripada pelanggan mereka akan mengunjungi ke laman web sebelum membuat pembelian. Tetapi apa yang jadi sekarang ialah kebanyakan perniagaan di luar sana mengabaikan kepentingan dan keperluan sebuah laman web.
Mengapa perniagaan anda memerlukan website? Sekiranya perniagaan ada bergerak secara aktif di alam maya, terutamanya laman web, ia boleh menambahkan pendapatan perniagaan anda. Tak percaya? Ini adalah fakta! Ya! Dalam maksud yang lain, kualiti laman web anda akan mempengaruhi penjualan produk anda tapi tujuan artikel ini adalah untuk menekankan betapa pentingnya perniagaan anda memiliki laman web.
3 Rahsia Bisnes Anda Perlu Website
1. Website menambah kredibiliti perniagaan
Salah satu sebab utama anda harus mempunyai laman web untuk perniagaan anda adalah untuk meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.Contohnya, di luar sana mungkin terdapat beberapa pesaing yang menawarkan perkhidmatan lebih kurang dengan anda. Lalu, bagaimana cara untuk mengatasi masalah itu? Menonjol lah dengan mempunyai laman web yang bagus. Serta yang boleh menyampaikan maklumat yang berkualiti kepada pelanggan anda.
2. Website membina jenama anda
Menunjukkan jenama anda kepada pelanggan adalah sangat penting. Anda perlu menentukan dengan jelas siapa anda. Apa yang anda hasilkan and apa harapan anda? Ini semua boleh meningkatkan peluang pelanggan untuk membeli daripada anda.
Hal ini juga lah yang membezakan anda daripada pesaing. Tanpa laman web yang bagus, susah lah prospek untuk mencari maklumat yang berkualiti dan boleh dipercaya. Kalau bukan anda sendiri yang bagi, siapa lagi nak bagi? Ini lah sebab pentingnya ada laman web.
3. Website menjimatkan masa dan perkhidmatan pelanggan
Banyak perniagaan yang mendapat panggilan daripada bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada yang bertanya soalan – soalan yang begitu mudah. Sebagai contoh, lokasi dan waktu operasi perniagaan. Sekiranya anda terlepas untuk menjawab panggil tersebut, pelanggan mesti tak akan berpuas hati kan? Tanpa anda sedar, sebenarnya tumpuan pekerja anda terganggu kerana panggilan – panggilan yang sebegitu. Sedangkan, mereka ada kerja yang lebih penting untuk dilakukan. Tetapi mereka terpaksa juga untuk melayan kerenah pelanggan.
Sebab itu lah laman web boleh mengurangkan panggilan yang macam ni. Pada masa yang sama, produktiviti pekerja meningkat. Satu bonus sebenarnya kalau anda ada website sebab anda dapat membantu pelanggan mencari maklumat yang berguna and berkualiti tentang produk. Jadi lepas ni, mereka tak perlu lagi lah telefon anda. Mereka perlu masuk ke website saja and taip info yang mereka inginkan. Hasilnya pelanggan pasti puas hati! Cuba lah!
Tampil Berbeza Dari Sekarang!
Konklusinya, website ni memang penting untuk semua jenis perniagaan. Tidak kira lah sama ada melibatkan perniagaan pelancongan, makanan, pakaian, servis, dan lain – lain. Yang penting, bakal pelanggan akan rasa yakin dengan kita and mereka percaya untuk berurusan dengan kita.
Selain itu, website juga memudahkan mereka untuk meluangkan masa yang lebih lama di website kita. Tambah – tambah kalau reka bentuk website kita menarik perhatian mereka.
Jadi, macam mana dengan ilmu hari ni? Menarik kan? So lepas ni boleh lah anda cuba untuk memiliki website bagi yang tak ada website lagi lah. Okay? Selamat mencuba!