Hapuskan pemikiran kolot seperti, “tak penting pun website ni” atau “mana ada orang nak tengok website sekarang. Mungkin ramai pemilik perniagaan tertanya – tertanya tentang kepentingan memiliki laman web atau website.
Anda perlu cakna dan ambil peduli bahawa zaman teknologi sekarang memerlukan setiap perniagaan untuk memiliki website kerana semua orang sudah dapat mengakses internet di mana sahaja hanya di hujung jari mereka.
Pesaing anda yang lain berpusu – pusu membina sebuah website bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka supaya bertambah maju tapi anda masih di takuk yang sama? Masih dengan pemikiran yang lama?
Anda perlu sedar sekarang untuk membawa perubahan kepada perniagaan anda. Anda tak yakin dengan saya? Baiklah. Saya ceritakan di sini ada 4 sebab utama pentingnya perniagaan anda mempunyai website.
4 Sebab Utama Penting Website
- Daya Saing Yang Sengit
Pertama adalah daya saing yang sengit. Anda tak perlu tengok jauh. Tengok sahaja pesaing anda yang mempunyai perniagaan sama seperti anda. Apa? Mereka ada website? Sudah terang lagi bersuluh perniagaan mereka beberapa langkah lebih maju daripada anda!
Anda pasti menginginkan pelanggan melihat anda sebagai sebuah perniagaan yang profesional. Anda juga pasti mahu memaparkan kredibiliti perniagaan anda. Maka, penting lah untuk perniagaan anda mempunyai website sendiri.
- Website Tak Tidur Macam Kita
Kedua, website ni tak tidur macam kita. Anda pasti mahukan perniagaan anda sentiasa beroperasi 24 jam sehari bukan? Dalam pada masa yang sama, anda juga mahu mendapatkan pelanggan yang lebih ramai. Tetapi bagaimanakah caranya? Bina lah website!
Anda tahu atau tidak apabila kita mempunyai website, perniagaan kita sebenarnya beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Anda tak perlu mengambil pekerja baru untuk bekerja selama itu kerana pastinya anda tak akan jumpa seorang pun yang sanggup!
Sekarang anda sudah nampak sikit kepentingan mempunyai website? Atau masih ragu – ragu? Teruskan membaca.
Sebab Paling Utama
- Kuasa Sakti SEO
Ketiga, kuasa sakti SEO. Apa itu SEO? Ia merupakan singkatan untuk Search Engine Optimisation. Apa pentingnya SEO ini? Pentingnya SEO ni adalah untuk mendedahkan website perniagaan anda kepada bakal pelanggan anda. Selain itu, ia juga dapat menarik perhatian mereka untuk berpusu- pusu datang ke website anda.
Seterusnya, ia dapat meningkatkan trafik secara berterusan selama mana bakal pelanggan anda mencari keyword yang ada di website anda. Sekiranya website anda berjaya menempatkan diri di page pertama Google, kebarangkalian website anda untuk diterjah adalah amat tinggi!
- Pelanggan Semakin Yakin Dan Percaya
Dan keempat, keyakinan pelanggan terhadap kita. 1st impression sangat penting dalam apa jual hal kerana penampilan anda akan menentukan siapa diri anda. Begitu juga dengan memiliki website.
Sekiranya website anda bergaya profesional ianya pasti dapat menambat hati pelanggan anda dan memberi 1st impression yang bagus. Secara tidak langsung, pelanggan lebih percaya untuk berurusan dengan anda.
Konklusi
Jika anda dapat lihat perniagaan yang besar dan gah sekarang, mereka semua mempunyai website yang dijadikan platform utama dan penting untuk mempromosi dan menjual produk mereka tanpa menumpukan sepenuhnya perhatian kepada media sosial. Saya tak cakap media sosial itu tidak penting cuma kepentingan lebih diberikan kepada website.
Anda masih tak percaya? Pilihan di tangan anda.
Jika anda memerlukan khidmat kami, jangan segan dan silu untuk meminta bantuan kami. Sepantas kilat kami membantu anda!