Pandemik Covid 19 yang melanda dunia sekarang sedikit sebanyak mengakibatkan ekonomi negara merosot. Bukan di Malaysia sahaja, malah satu dunia! Apabila ekonomi negara merosot, industri digital advertising atau pengiklanan digital juga turut terpalit sama. Namun, apa yang menghairankan adalah Covid 19 ini tidak menghalang pengguna daripada membeli belah. Tambah – tambah membeli belah di dalam talian. Sampaikan pihak Pos Laju keluarkan kenyataan bahawa mereka kekurangan pekerja. Diikuti oleh servis penghantaran yang lain – lain seperti Ninja Van, J&T, DHL E-Commerce, dan sebagainya.
Ini menunjukkan bahawa, sebenarnya situasi Covid 19 ini tidak menjejaskan ekonomi seseorang terlalu ketara. Mungkin bukan semua orang menghadapi situasi yang sama. Ada sesetengah keluarga yang bertambah susah selepas krisis Covid 19 melanda atas faktor – faktor berlainan seperti dibuang kerja, pelanggan kurang datang ke kedai, gaji dikurangkan majikan, dan banyak lagi. Sedih kami nak gambarkan keadaan mereka yang susah sekarang.
Namun, sektor – sektor selain daripada digital advertising seperti pelancongan, runcit, perhotelan, dan sebagainya masih terjejas teruk. Oleh yang demikian, ada sektor yang beralih ke dunia digital advertising kerana mereka dapat lihat peluang lebih di situ. Sektor peruncitan misalnya, ramai peruncit yang mula mengiklankan barangan mereka di media sosial dan berkongsi ke Whatsapp, hanya untuk mendapatkan keuntungan dan elakkan pembaziran. Sektor – sektor seperti ini sedang menyesuaikan diri dengan keadaan pandemik sekarang pada tahap yang berbeza – beza.
Dunia Digital Advertising
Dari sini kita boleh lihat bahawa dunia digital advertising ini luas. Begini cara digital advertising bekerja:
Dengan ramai orang yang menghabiskan lebih banyak masa di rumah, mereka lebih menggunakan telefon pintar dan mencari barang di online sahaja. Dari sini, digital advertising sudah berperanan lebih kurang seperti televisyen. Ia mendorong penjualan dan pembinaan jenama serta menyebabkan pelanggan yang tidak aktif atau tradisional ke arah digital.
Oleh itu, apa yang harus dilakukan oleh pemilik perniagaan untuk memastikan kejayaan jangka panjang?
Statistik Penting Untuk Pemilik Perniagaan Tahu
- 82% orang secara aktif mencari berita dan kandungan Coronavirus dalam talian
- 87% orang membaca lebih banyak berita kerana keadaan pandemik Covid 19 yang sedang berleluasa
- 31% orang mengatakan bahawa kesesuaian jenama yang muncul berhampiran kandungan Covid 19 bergantung pada jenama
Statistik di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sekarang lebih banyak menumpukan perhatian kepada isu Covid 19. Jadi bagaimana cara perniagaan untuk kekal dalam industri dan jana penjualan?
Alihkan Perhatian Pengguna
Anda boleh mengalihkan perhatian pengguna ke keadaan semasa yang bermaksud mungkin anda boleh mengubah cara isi kandungan di media sosial anda ke arah lebih berpendidikan. Contohnya, jika anda seorang doktor gigi, anda boleh membincangkan tiga petua untuk kebersihan mulut dan bukannya menjual produk kesihatan gigi dan menyuruh pengguna membuat temujanji. Contoh lain seperti jika anda seorang peruncit dan anda menjual hand sanitizer, anda boleh beri pendidian seperti kepentingan memakai hand sanitizer sewaktu di pusat membeli belah.
Buat masa sekarang, lebih baik jka anda hentikan kempen jualan. Jalan terbaik adalah mengarahkan usaha anda ke pengurusan reputasi anda dalam talian, media sosial, dan SEO. Hal ini menyebabkan pengguna lebih mengenali jenama anda dan secara tidak langsung, kadar jualan anda akan meningkat!
Tingkatkan Kesedaran Pengguna
Kami sangat mengesyorkan anda untuk kurang memberikan tumpuan kepada kempen – kempen membeli. Sebaliknya, tingkatan kesedaran pengguna dalam hal Covid 19 melalui digital advertising. Hal ini kerana, anda akan menggalakkan pengguna untuk menambah ilmu pengetahuan dan sentiasa dalam keadaan berjaga – jaga. Kami menganggap tujuan ini sebagai tanggungjawab sosial anda kepada pengguna. Banyak perniagaan menggunakan digital advertising untuk melaksanakan tanggungjawab ini di mana hal ini dapat dicapai oleh ramai pengguna,
Kesimpulannya,
Digital advertising dan Covid 19 memang memberi impak dalam setiap perniagaan sama ada bertambah baik atau bertambah buruk. Namun, terdapat banyak cara digital advertising boleh bantu setiap perniagaan di luar sana. Jangan lemah semangat untuk terus bangun membina empayar perniagaan anda di musim Covid 19, tetapi terus kuat dan bangkit dalam menghadapi krisis ini! Kami doakan yang terbaik untuk anda semua dan kami percaya apa yang anda usahakan, pasti anda akan dapat hasilnya.
Baca Lanjut: Jom Onlinekan Bisnes Anda!