Trend Pengiklanan Digital Pada Tahun 2020
Trend pemasaran digital berkait rapat dengan perkembangan teknologi. Perancangan pemasaran digital yang betul akan memaksimumkan carian dan meningkatkan kesedaran pengguna terhadap sesuatu produk. Hasilnya adalah pasaran sasaran akan bertambah kerana gabungan kecanggihan teknologi dengan kandungan digital.
1. AI – Artificial Intelligence
Kecanggihan teknologi membuatkan banyak cara untuk meningkatkan pemasaran digital.
Artificial Intelligence (AI) adalah kekuatan utama dalam trend pemasaran digital pada masa kini dan memudahkan pemilik perniagaan menguasai pasaran.
2. Chatbot
Chatbot ialah sistem program yang secara automatik akan berinteraksi dengan pengguna di laman web.
Chatbot dapat menjawab pelbagai jenis pertanyaan dari pengguna melalui teks atau suara dalam sekelip mata.
Penggunaan sistem ini juga dapat mengurangkan perbelanjaan syarikat kerana keperluan perkhidmatan pelanggan untuk menjawab pertanyaan pengguna berkurang.
3. SEO
Search Engine Optimization (SEO) adalah strategi untuk mengoptimumkan laman web supaya mudah dicari dengan kata kunci di Google.
Tujuan utama penggunaan SEO adalah agar laman web berada di kedudukan pertama apabila anda Google. .
Cabarannya, Google perketatkan proses menapis kandungan laman web. Google tahu kandungan laman web mana yang berkualiti dan tidak.
Dicipta oleh: Nak satu untuk bisnes anda?
Syspro Web Development Pergi ke: https://syspro.my/