Konsep digital marketing funnel yang baru mungkin jarang didengar. Tapi, mungkin kebanyakan pemilik perniagaan pernah dengar tentang Marketing Funnel or Sales Funnel kan? Ada apa sebenarnya dengan kedua – dua funnel ini? Apa yang menyebabkan perkara ini sentiasa disebut – sebut dan menjadi obsesi kepada pemilik perniagaan?
Funnel or corong ni adalah satu model yang menerangkan bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh memperoleh pelanggan dari sampel tertentu dari Target Market or pasaran sasaran.
Sebaiknya, semua orang dari pasaran sasaran dijadikan pelanggan tetapi pada setiap langkah perjalanan pembeli pasti akan ada pembeli yang terkeluar daripada funnel ini dan tidak menjadi pembeli.
Disebabkan ini, maka terhasil lah jumlah prospek yang berkurang sebelum mereka membeli dan ini adalah perkara biasa. Juga, ini dapat dilihat di mana – mana sahaja. Hatta, syarikat besar pun mengalami situasi yang sama kerana itu ada lah fitrah perniagaan.
Perbezaan Marketing Funnel Dan Digital Marketing Funnel
Kalau dahulu, kita biasa dengan cara cold-call pelanggan berpotensi. Ini adalah cara yang betul dan memang berkesan kerana memang itu yang diajar dalam marketing funnel yang klasik yakni yang dahulu. Selain itu, itu sahaja lah cara kita dapat mengakses kepada pelanggan kerana informasi tentang pelanggan adalah sangat terhad. Tetapi itu dahulu.
Buat masa sekarang, cuba kita aplikasikan cara yang sama kepada golongan Millenium. Apa yang akan jadi? Kemungkinan perniagaan anda akan ditularkan di media sosial adalah sangat tinggi. Bahasa mudahnya kena viral lah.
Kalau diviralkan secara positif tak mengapa. Bayangkan kalau diviralkan secara negatif. Sudah terang lagi bersuluh itu boleh merosakkan imej perniagaan anda. Seterusnya, boleh menyebabkan jenama anda terjejas.
Pendek kata, jika anda sendiri tak bergantung harap pada teknik pemasaran yang sudah ketinggalan zaman ini untuk berhubung dengan bakal pelanggan, kenapa anda masih percaya dengan marketing funnel yang lapuk ni untuk mendorong objektif perniagaan anda?
Konsep Marketing Funnel Yang Lama Tak Relevan
Tingkah laku pengguna telah berubah dan secara meluas begitu juga dengan perjalanan yang diikuti oleh pengguna. Maka, logik lah kalau kita tak nak pakai model lama dah kerana kita sudah ada teknik baru yang mana dapat menggambarkan perjalanan pembeli lebih tepat iaitu dengan cara digital.
Secara umumnya, digital marketing funnel ni berfungsi sebagai model untuk membantu kita memahami dan mengikuti pelbagai tahap yang dilalui pengguna semasa kitaran hidup pelanggan atau customer life cycle.
Biasanya, pelanggan akan melalui funnel ini pada satu – satu masa seperti grafik di bawah:
Di bawah ini, saya akan perkenalkan anda kepada model digital marketing funnel yang baru yang mampu mendorong keseluruhan strategi pemasaran digital anda.
Peringkat Dalam Konsep Digital Marketing Funnel Yang Baru
Mari saya pecahkan setiap peringkat dengan contoh yang anda mudah faham. Mari kita andaikan pelanggan kita bernama Hanim, seorang profesional berusia 30 tahun.
#1. Peringkat Kesedaran (Awareness)
Semasa melayari Instagram di telefon pintarnya, Hanim melihat iklan tentang website untuk perniagaan dan dia klik ke iklan tersebut. Selepas itu, dia meneruskan aktiviti scrolling di Instagram.
#2. Peringkat Kesedaran dan Pertimbangan (Awareness & Consideration)
Keesokan harinya, Hanim melihat iklan yang sama di platform media sosial yang lain iaitu tentang website juga. Cuma, iklan kali ni menunjukkan ia ada membuat reka bentuk laman web sekali atau website design untuk perniagaan.
Bermakna bukan sahaja membina sebuah website tetapi juga mereka bentuk website tersebut. Hanim berhenti lagi dan klik iklan tersebut untuk melihat pakej apa lagi yang ditawarkan.
#3. Peringkat Pertimbangan, Penyelidikan dan Gelung Penemuan (Consideration, Research & Discovery Loop)
Keesokan harinya pula, ketika melayari laman web, dia asyik terlihat iklan bergambar untuk penjualan yang sama. Bezanya kali ni, iklan itu ada memberitahu tentang jaminan pengembalian wang.
#4. Peringkat Pertimbangan dan Pembelian (Consideration & Purchase)
Pada ketika ini, Hanim tak tunggu dah. Dia klik terus iklan itu dan pilih pakej website yang dia mahuka. Dia terus membuat pembayaran pada waktu itu juga.
#5. Peringkat Gelung Kesetiaan (Loyalty Loop)
Seusai Hanim membuat pembayaran, dia terus mendapat emel daripada syarikat tersebut untuk mengadakan information gathering.
#6. Peringkat Gelung Kesetiaan dan Kesedaran (Loyalty Loop & Awareness)
7 hari selepas itu, Hanim menerima sebuah emel daripada syarikat yang sama. Pada kali ini, syarikat tersebut memberitahu tentang pakej yang lain seperti website maintenance.
#7. Peringkat Kesedaran (Awareness)
Hanim langkau peringkat pertimbangan dan terus membeli pakej yang baru ditunjukkan secepat mungkin.
Akhir kalam,
Seperti yang anda lihat, setelah anda mengetahui tahap digital marketing funnel yang baru, anda akan dapat menghapuskan strategi yang tak boleh digunakan lagi.