Alat semak tatabahasa mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak kerana mereka menganggapnya tidak penting. Tetapi, tahukah anda, konten yang ditulis dengan kesalahan tatabahasa dan kesalahan ejaan akan membuat pembaca anda kurang percaya dengan anda?
Ini juga akan menghalang mereka daripada membeli sesuatu dari anda. Selain itu, tatabahasa adalah faktor penting dalam kualiti konten anda. Inilah sebabnya mengapa kebanyakan perniagaan sekarang perlu menggunakan alat semak tatabahasa untuk meningkatkan konten online mereka.
Malah copywriter yang paling berpengalaman pun boleh melakukan kesilapan. Proofreading artikel anda sendiri dapat mengelakkan kesilapan kecil dalam copywriting anda. Anda boleh membaca artikel anda dengan kuat. Mendengarkan suara anda sendiri dapat membantu anda mencari kesilapan dan meningkatkan skor keseluruhan bacaan artikel anda.
Untuk menolong dari segi tatabahasa dan ejaan anda, anda boleh menggunakan alat semak tatabahasa. Alat ini dapat mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa semasa anda menaip. Ini menjimatkan masa anda. Oleh itu, mari kita lihat alat semak tatabahasa terbaik yang boleh anda gunakan.
#1. Grammarly
Grammarly adalah alat semak tatabahasa online yang popular digunakan sama ada pemasar sendiri atau pelajar. Ia memeriksa kesalahan tatabahasa dan ejaan semasa anda menulis catatan anda. Ia akan menunjukkan petunjuk di sudut kanan bawah kawasan tulisan. Anda klik pada penunjuk, dan ia akan menunjukkan kepada anda jumlah kesalahan. Kesalahan ejaan, tatabahasa, dan kontekstual akan disorot dengan garis bawah semasa anda menulis.
#2. Ginger
Ginger adalah alat yang berguna untuk meningkatkan kemahiran menulis anda dan meningkatkan produktiviti. Ia menawarkan pengalaman pengguna yang menyenangkan. Ginger memaparkan ikon kecil di sudut kanan bawah kawasan penulisan termasuk editor pos website, Gmail, Facebook, dan banyak lagi.
Bagaimana Ginger ni bekerja? Semasa anda menaip, ia akan memeriksa kesilapan anda dan betulkan kesalahan anda dengan konteks ayat yang lain. Terdapat beberapa kelemahan apabila anda menggunakan Ginger ni. Anda perlu beralih ke editor teks di WordPress. Untuk pembacaan bukti yang lebih baik, anda perlu mengklik ikon untuk melancarkan editor Ginger.
#3. Hemingway
Hemingway tersedia sebagai penyunting teks yang bagus di online. Ia bukan hanya berfungsi sebagai alat semak tatabahasa tetapi alat semak gaya ayat. Ia dirancang untuk meningkatkan kebolehbacaan dengan menunjukkan skor kebolehbacaan konten anda dan mencadangkan penambahbaikan. Aplikasi ini mempunyai susun atur yang bersih dan bebas gangguan yang dapat membantu anda menilai konten anda dengan cepat.
#4. LanguageTool
Language Tool ialah pemeriksa tatabahasa online yang unik. LanguageTool sangat mudah digunakan dan penyemak tatabahasanya cukup tepat. Salah satu kelebihan utama alat ini ialah ia boleh dimuat turun untuk kegunaan offline. Satu lagi perkara yang hebat ialah anda boleh menggunakan LanguageTool untuk memeriksa kesalahan tatabahasa dalam beberapa bahasa yang berbeza termasuk Asturian, Catalan, Belanda, Inggeris, Esperanto, Perancis, JermanItali, Jepun, Parsi, Tamil, dan banyak lagi!
LanguageTool dapat diakses melalui telefon bimbit atau web dan serasi dengan Chrome, Firefox, Microsoft Word, Google Docs, dan LibreOffice. Akhirnya, LanguageTool mempunyai forum yang bukan sahaja berfungsi sebagai sokongan pelanggan tetapi juga mengandungi banyak kandungan yang bermanfaat.
#5. DewanEja
Contoh-contoh alat semak tatabahasa di atas lebih kepada menyemak tatabahasa Inggeris. Sekarang, untuk pengetahuan anda semua, Malaysia pun ada alat semak tatabahasa Melayu! Dewan Eja Pro adalah Alat Proofing # 1 untuk rakyat Malaysia yang membantu anda menulis dengan lebih baik dan belajar dengan lebih pantas. Ini membantu anda menulis bahasa Melayu yang betul di MS Office dari segi ejaan dan untuk pertama kalinya, tatabahasa dengan teknologi linguistik yang dipatenkan.
Dewan Eja Pro mempunyai rangkaian kamus DBP yang lengkap, termasuk Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, yang terdiri daripada 300,000 entri rujukan silang istilah Inggeris-Melayu, yang disusun dari 200+ kamus. Ia menampilkan Pemeriksa Tatabahasa pertama di dunia untuk bahasa Melayu.
Ia mengenal pasti lebih daripada 60 jenis kesalahan tatabahasa yang biasa. Pemeriksa Ejaan disesuaikan khas untuk bahasa Melayu, memberikan cadangan tepat dengan menganalisis sintaksis bahasa Melayu, mis. awalan dan akhiran (“imbuhan”). Menyokong MS Office terkini.
Macam mana? Lepas ni, tak ada lah lagi alasan untuk tidak boleh menghasilkan copywriting yang sifar salah. Dengan bantuan alat-alat seperti ini, sebenarnya sangat memudahkan urusan harian anda untuk mencipta konten yang berkualiti di media sosial anda. Kami harap, informasi ini berguna dan anda boleh aplikasikan nya untuk perniagaan anda. Semoga berjaya!
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!
Have you ever used a pay-by-phone casino before?
I have experience using a casino pay by phone bill service. These types of casinos offer an incredibly convenient way to enjoy your favorite games from anywhere at any time. With a casino pay by phone bill option, you can deposit funds into your gaming account using your mobile device without having to log into your online banking account. The process is so simple that it can be completed in just a few clicks!