Terdapat banyak cara untuk buat copywriting yang power kalau anda semua nak tahu. Anda tak perlu terlalu pening kepala atau serabut memikirkannya kerana kami akan berkongsi dengan anda bagaimana cara buat copywriting power.
Sebelum kami pergi lebih lanjut tentang buat copywriting yang power, kami ingin anda tahu terlebih dahulu bahawa copywriting ini adalah sangat penting untuk perniagaan anda supaya pelanggan tak sabar – sabar nak membeli dengan anda.
Sebab tu, kami nak juga ajar anda semua untuk buat copywriting ni supaya anda tak perlu duduk termenung depan komputer, telefon, memikirkan copywriting sampaikan makan masa sehingga 1 minggu! Anda sedang membazir masa tahu?
Jadi, apakah langkah yang boleh anda ambil bagi memastikan pelanggan terpaku dengan perniagaan anda?
#1. Bina “Killer Headline“
Fakta! 80% dari prospek buat keputusan untuk beri perhatian atau tidak pada iklan selepas membaca headline. Jadi, kalau headline anda tidak menarik perhatian, anda telah kehilangan 80% dari prospek anda. Ruginya!
Sebelum anda bina headline yang power, anda perlu mengenali dahulu pelanggan sasaran anda. Macam mana cara nak kenal pelanggan? Anda perlu bertanya dahulu diri anda. “Siapa yang perlukan produk saya ni?” Dengan bertanya soalan ini anda dapat menjimatkan 50% dari masa anda untuk menulis headline.
Jadi, bagaimana untuk menghasilkan headline berpandukan pada pelanggan sasaran? Anda perlu ingat 3 Formula Mudah Headline ini:
- Produk
- Sasaran pelanggan
- Masalah yang dihadapi pelanggan
Contohnya seperti:
“Shampoo minyak jojoba untuk wanita bertudung yang ada masalah rambut kelemumur”
“Pewarna rambut tanpa bahan kimia untuk wanita yang ada masalah rambut kering”
#2. Cadang kesesuaian masa
Anda boleh cadangkan masa yang sesuai untuk guna produk anda seperti contoh anda menjual baju kurung lace atau produk Vitamin C. Anda boleh masukkan elemen masa semasa buat copywriting supaya pelanggan boleh berasakan terkait dengan situasi yang anda tulis.
Misal kata anda menyasarkan pelanggan yang inginkan kulit tidak suram, kulit cerah, wajah berseri dan berkilat bak artis Korea. Dalam copywriting anda, anda boleh cerita kenapa Vitamin C ni sangat sesuai untuk mereka dan berikan juga sebab – sebab supaya mereka boleh nampak bahawa mereka memerlukannya.
#3. Rancang copywriting anda
Ada satu formula yang anda perlu patuhi kalau buat copywriting ni iaitu AIDA Model. Apa itu AIDA? AIDA ini merupakan singkatan kepada Awareness, Interest, Decision, Action. Kalau anda tidak memasukkan elemen AIDA dalam buat copywriting, kemungkinan besar pelanggan untuk lari daripada anda adalah tinggi.
Awareness: Menarik perhatian bakal pelanggan
Interest: Membuatkan pelanggan tertarik untuk membaca dengan menyediakan fakta – fakta
Decision: Menggoda pelanggan untuk membeli
Action: Mendorong pelanggan untuk bertindak
Ini lah cara bagaimana anda boleh buat copywriting power!
Sebenarnya ada banyak lagi cara yang anda boleh aplikasikan. Kami akan ajar di artikel yang seterusnya. Sekiranya anda berasakan masih sukar untuk buat copywriting yang power, kami bersedia untuk membantu anda. Kami mampu menghasilkan copywriting yang unik dan dapat menarik perhatian pelanggan dalam masa 5 saat sahaja! Sekiranya anda perlukan bantuan, anda boleh menghubungi kami. Kami bersedia membantu anda naikkan jualan perniagaan anda.
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!