Ingat lagi tak ilmu Facebook sebagai medium pemasaran yang saya kongsikan minggu lepas? Macam mana? Anda sudah aplikasikan cara tersebut? Bagi sesiapa yang terlepas tentang ilmu tersebut, silakan rujuk di sini:
Rujuk: Facebook Sebagai Medium Pemasaran: Lesson 101
Baik lah. Mari kita teruskan perbincangan kita pada hari ini. Mari kita ulang sedikit ilmu minggu lepas supaya anda semua boleh mengikuti penceritaan saya dan faham apa yang saya ingin sampaikan. Dalam posting yang lepas, saya menyentuh tentang penggunaan Canva, Seperti yang saya beritahu, Canva ini adalah satu alat untuk mereka bentuk di mana anda boleh melakukan pelbagai bentuk grafik seperti apa yang anda inginkan. Hari ini saya ingin bercerita pula tentang penggunaan Hootsuite. Pernah dengar tak?
#1. Hootsuite
Hootsuite adalah alat pengurusan dan analisis media sosial yang hebat. Kenapa saya cakap hebat? Sebab ia dapat membantu pemasaran perniagaan anda di Facebook dengan bantuan iklan di Facebook. Alat ini sebenarnya membantu anda mengoptimumkan lagi kempen iklan anda.
Apa lagi anda tanya? Hootsuite ni juga membantu anda untuk menyasarkan pengguna yang tepat untuk menukarkan mereka daripada pengguna ke pelanggan anda. Anda boleh menukarkan iklan Facebook menjadi lead sebenar dan conversion serta dapat berada di puncak analisis.
Anda juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang audiens anda dan terlibat dengan mereka menggunakan cara yang lebih baik iaitu melalui Hootsuite.
Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah membuat akaun menggunakan akaun sedia ada sama ada Twitter, Facebook, Google, atau anda boleh juga menggunakan emel anda. Jangan risau. Membuat akaun di Hootsuite adalah percuma. Anda boleh mencuba untuk Percubaan Percuma selama 30 hari. Selamat mencuba!
#2. Facebook Ads Manager
Facebook Ads Manager adalah alat dalam Facebook yang membantu anda membuat dan menguruskan iklan di Facebook.
Alat ini akan membantu anda mensasarkan demografi yang betul dan pilihan pengguna yang tepat. Ini juga dapat membantu anda menetapkan belanjawan anda untuk mengawal kos pengiklanan anda.
Anda juga boleh mengetahui semua tahap prestasi iklan anda dengan bantuan alat melapor. Anda juga boleh hentikan seketika iklan yang anda mahukan dari Ad Manager untuk mengoptimumkan kempen anda.
#3. Fanpage Karma
Fanpage Karma adalah alat pelbagai fungsi untuk pengurusan pemasaran di Facebook.
Anda boleh menyusun dan boleh membuat posting dengan mudah. Ini juga boleh membantu anda untuk memantau bilangan halaman dan profail tanpa had.
Pengguna dapat menganalisis aktiviti peminat dan pengikut mereka. Dari situ, anda boleh menganalisis dan membandingkan data – data penting pada halaman yang berbeza, bahkan daripada pesaing anda pun anda boleh buat!
Bersedia Untuk Tingkatkan Level Pemasaran Di Facebook?
Alat – alat pemasaran yang saya kongsikan ini dapat membantu anda menjangkau prospek dan pelanggan anda dengan cara yang sangat efisien. Anda boleh memulakan perbualan dan bina hubungan dengan pelanggan anda.
Selain itu, anda juga dapat mengesan prestasi posting anda dan menjadualkannya dengan cara yang memberi impak maksimum. Dengan alat pemasaran Facebook yang betul, anda dapat menyasarkan pelanggan anda dan meningkatkan kewujudan anda di dalam talian.
Jangan lupa untuk terus bersama saya kerana saya akan berkongsi lagi alat pemasaran Facebook yang lain. Nantikan!
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!