Nak bina kepercayaan pelanggan e-dagang ini dilihat seperti sesuatu yang sukar. Untuk mendapatkan orang membelanjakan wang secara online sebenarnya lebih mudah daripada sebelum ini, tetapi itu tidak bermaksud mudah bagi semua orang. Masih banyak pengguna di luar sana yang tidak selesa menggunakan pembayaran secara online, tidak kira seberapa selamat urus niaga tersebut. Satu silap kecil sahaja, anda boleh mematikan keputusannya untuk berbelanja dengan anda. Oleh itu, bagaimana anda boleh membuat prospek anda cukup mempercayai anda sehinggakan mereka boleh menjadi pelanggan anda? Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda.
1. Reka Bentuk yang Dikemas Kini
Sesiapa yang gemar membeli-belah secara online sudah cukup mengenali sama ada laman web tersebut menggunakan reka bentuk yang baharu atau yang lama. Sekiranya anda sudah lama tidak mengemaskini reka bentuk di laman web anda, ini akan menjadi satu point negatif yang membuatkan prospek anda tidak jadi membeli daripada anda. Mereka mungkin tertanya-tanya sama ada anda ada mengemas kini keselamatan anda sejak kebelakangan ini, atau adakah syarikat anda berniaga lagi.
Reka bentuk yang baik bergantung pada banyak ruang kosong, kurang penggunaan gambar yang tidak relevan, menjauhi font yang terlalu menarik atau fancy (seperti Comic Sans), dan rasa yang umumnya mesra dan tenang dilihat.
2. Ejaan dan Tatabahasa yang Tepat
Ejaan dan tatabahasa yang buruk, frasa dan kata yang disalahgunakan, dan bahkan gaya penulisan seperti seorang remaja, semuanya menambah berita buruk untuk perniagaan anda. Pelanggan tidak akan mempercayai syarikat yang tidak dapat menyusun ayat yang betul. Anda boleh gunakan pelbagai alat semak tatabahasa di internet dan pastikan prospek anda tidak lari! Sekiranya anda tidak selesa menulis untuk laman web anda, anda boleh mengupah copywriter profesional.
Sekiranya anda memerlukan alasan yang lebih besar kenapa anda perlu mendapatkan perkhidmatan copywriter profesional, ingat bahawa Google juga tidak menyukai ejaan dan tatabahasa yang tidak tepat. Kedudukan carian anda mungkin ‘menderita’, yang menjadikan persaingan anda lebih hebat lagi.
3. Aktif di Media Sosial
Ramai bakal pelanggan akan mencari akaun media sosial anda untuk mengetahui lebih banyak mengenai syarikat anda sebelum mereka membuat pembelian. Mereka ingin melihat akaun anda aktif dan sihat yang menyampaikan jenama dan suara anda. Sekiranya anda belum tweet atau mengemas kini Facebook dalam beberapa bulan, pelanggan tersebut mungkin menganggap syarikat anda telah ditutup.
Perhatikan juga penjenamaan dan pendapat yang anda kongsikan di media sosial anda. Sekiranya mesej media sosial anda tidak sesuai dengan laman web e-dagang anda, anda hanya akan mengelirukan pembeli.
4. Pilihan Pembayaran
Terdapat begitu banyak pilihan pembayaran yang tersedia untuk pengguna dan syarikat e-dagang yang menawarkan hanya satu kaedah pembayaran hanya menempah ‘maut’! Tidak semua orang selesa berkongsi maklumat kad kredit mereka di online setiap kali mereka melakukan pembelian. Pengguna lain mungkin menghargai kemudahan dompet onlin, e-wallet, yang tidak memerlukan mereka untuk keluarkan kad setiap masa.
5. Seal Keselamatan
Sama seperti pelekat SIRIM yang memberi ketenangan kepada pemilik rumah, begitu juga keselamatan di laman web e-dagang anda. Dengan bukti tambahan bahawa laman web e-dagang anda mempunyai kepentingan terbaik dan keselamatan kewangan pelanggan, anda dapat memberi keselesaan kepada pembeli.
Adalah idea yang bagus untuk memasukkan grafik seal pada setiap halaman laman web anda, tetapi itu mungkin tidak selalu dapat dilaksanakan. Paling tidak, pastikan grafik seal tersebut dapat dilihat di troli beli-belah dan fasa pembayaran pembelian mereka. Anda mungkin juga ingin memasukkan pautan yang jelas ke maklumat keselamatan sehingga pelanggan yang malu-malu dapat mendapatkan semua jaminan yang mereka perlukan sebelum menyerahkan maklumat pembayaran mereka.
6. Maklumat hubungi
Ini mungkin merupakan kaedah termudah untuk membina kepercayaan pelanggan e-dagang anda. Atas sebab itu, kebanyakan orang lupa atau memandang rendah akan kepentingannya. Pelanggan mahukan kaedah untuk menghubungi anda. Mereka perlu tahu bahawa syarikat e-dagang anda dikendalikan oleh orang sebenar dan bukan robot yang ditubuhkan untuk mengambil wang mereka. Mereka berasa selesa apabila mengetahui bahawa anda adalah individu yang mereka boleh hubungi bila-bila mereka perlukan.
Bina Kepercayaan Pelanggan E-Dagang Anda!
Adakah anda ada mengabaikan beberapa ciri keselamatan terbesar di laman web anda? Apa komponen lain yang dapat meyakinkan pembeli bahawa mereka boleh mempercayai anda? Kongsikan bersama dan kami akan kupaskan di artikel seterusnya.