Apa itu e-dagang atau ecommerce? E-dagang adalah jual beli barang atau perkhidmatan melalui internet, dan pemindahan wang dan data untuk menyelesaikan penjualan. Ia juga dikenali sebagai perdagangan elektronik atau perdagangan internet. Perkataan ecommerce itu merujuk kepada singkatan bagi istilah Electronic Commerce. Ia merupakan gabungan dua patah perkataan iaitu electronic dan juga commerce. Maknanya perdagangan secara elektronik. Segala urusan jual dan beli, berlaku dalam persekitaran maya dengan bantuan laman web atau aplikasi smartphone.
Laman web e-dagang telah berkembang untuk menjadikan produk lebih mudah ditemui dan dibeli melalui peruncit dan pasar secara online. Tidah kisalah sama ada anda dalam industri apa pun, meskipun anda seorang freelancer bebas, memiliki sebuah perniagaan kecil, hatta syarikat besar semuanya mendapat keuntungan dari ecommerce, yang memungkinkan mereka menjual barang dan perkhidmatan mereka pada skala yang tidak mungkin dilakukan dengan peruncitan offline tradisional.
Sebab itu, kami tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa perniagaan secara tradisional ini bakal mati! Kerana ini adalah trend pasaran terkini di mana semuanya secara online. Sangat rugi jika ada daripada anda yang masih tidak berubah untuk mengonlinekan bisnes walaupun orang di sekeliling semua berpusu-pusu untuk mengonlinekan bisnes mereka. Jika anda memang tertanya-tanya selama ini apa itu e-dagang, anda datang pada tempat yang tepat!
Walaupun kebanyakan orang menganggap ecommerce sebagai perniagaan kepada pengguna (B2C), terdapat banyak jenis lain ecommerce. Ini termasuk laman lelongan online, perbankan internet, tiket dan tempahan secara online, dan perniagaan ke perniagaan (B2B) urus niaga. Baru-baru ini, pertumbuhan e-dagang telah berkembang ke penjualan menggunakan peranti mudah alih, yang biasanya dikenal sebagai ‘m-commerce’ dan hanya merupakan sebahagian daripada e-dagang.
Seperti yang kami ceritakan di atas bahawa e-dagang ini adalah perdagangan secara elektronik, maka mereka yang terlibat dalam sesebuah transaksi secara elektronik ini:
#1. Tidak perlu bersua secara fizikal untuk membuat transaksi.
Ada masanya kadang itu pelanggan anda tidak pernah tahu pun bagaimana muka anda. Asalkan si pembeli yakin dengan barang yang mereka nak beli, mereka boleh terus buat tempahan, dan terus membuat pembayaran automatik atau dipanggil sebagai payment gateway. Ini bermakna, individu yang pemalu, yang tak pandai nak bergaya, cakap manis, memang sesuai sangat kalau jual barang secara online gunakan sistem ecommerce ni sahaja.
#2. Tidak perlu melakukan urusniaga secara nyata
Kalau tadi kami katakan tentang peniaga dan pembeli tidak perlu bersua muka, kali ini lagi menarik sebab transaksi itu boleh berlaku tanpa perlu tunggu anda dan pelanggan bersedia untuk melakukan transaksi pada waktu yang sama. Boleh jadi, ketika pelanggan anda membuat tempahan produk atau servis anda, anda sebenarnya sedang tidur atau pun sedang bercuti.
#3. Proses jual beli boleh berlaku melangkaui sempadan
Ini secara tidak langsung memberi kebaikan kepada anda untuk menjual kepada lebih ramai pelanggan dan tidak dihadkan kepada pelanggan yang lalu lalang atau yang tinggal berhampiran dengan diri anda semata-mata. Pelanggan anda boleh membeli apa sahaja produk atau servis anda bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
E-Dagang adalah sebuah kedai online
Dalam bahasa mudahnya, sistem e-dagang ini adalah sistem untuk kita bina kedai secara online. Sesetengah orang menggelarnya sebagai kedai online. Sekiranya anda mempunyai kedai fizikal yang sebenar, anda akan sering dibatasi oleh lokasi tempat anda boleh memberikan perkhidmatan. Dengan laman web e-dagang, tidak ada batasan untuk mencapai apa yang dapat anda capai. Tidak seperti perniagaan tradisional, kedai online anda bermaksud perniagaan kecil dapat menghantar produk mereka ke seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, menjalankan syarikat anda selalunya lebih murah, kerana anda tidak perlu membayar premis fizikal untuk mendirikan kedai anda.
Jika anda menyukai artikel ini, sila ikuti kami di Facebook, Instagram dan join Telegram kami untuk dapatkan lebih banyak tip pemasaran digital daripada kami.
Sekiranya anda perlukan bantuan kami untuk membantu anda dalam bisnes online anda, anda boleh KLIK DI SINI. Kami suka untuk membantu anda dan buat anda berjaya dalam bisnes serta jadi bijak bisnes online!