Ruginya kalau ada mana – mana perniagaan yang dan bertahun – tahun berniaga tetapi masih lagi tak ada website. Anda mesti menghadapi masalah seperti kurang jualan, kurang pelanggan, perniagaan tidak dikenali ramai, uruniaga yang tidak lancar. Sesetengah perniagaan mungkin hanya mengalami 1 atau 2 daripada 4 masalah yang kami sebutkan. Tetapi, pasti juga ada perniagaan yang mengalami kesemua masalah yang disebutkan.
Sebab apa kami cakap rugi? Kerana anda sepatutnya boleh mengembangkan lagi perniagaan anda tetapi anda tidak mengambil peluang tersebut. Anda mensia – siakan peluang di depan mata. Kenapa anda harus begitu? Jangan anda cakap anda tak tahu kenapa perniagaan anda perlu ada website.
Rujuk sini: 3 Rahsia Bisnes Anda Perlu Website
Alasan Pemilik Perniagaan Tidak Ada Website
Susah sebenarnya kami nak mengajar orang ramai tentang perlunya website untuk bisnes ni tapi kami semangat untuk terus memberi tunjuk ajar kepada anda semua. Kerana kami yakin, satu hari nanti, pasti anda akan berjaya dan itu lah satu – satunya harapan kami iaitu ingin melihat anda berjaya di dalam perniagaan anda!
Banyak sebenarnya alasan – alasan yang kami dengar daripada pemilik perniagaan yang berfikir bisnes mereka tidak memerlukan website. Contoh seperti, mereka sudah dapat keuntungan yang banyak berniaga di kedai sahaja. Selain itu, mereka sudah pun menggunakan platform media sosial sahaja untuk memasarkan produk mereka. Yang paling hebat ialah mereka mengatakan bahawa website ini hanya membuang duit dan membazir masa sahaja.
Sini kami nak beritahu. Semua tu sebenarnya TAK BETUL! Ruginya tak ada website. Mungkin bagi pemilik perniagaan semua berasakan itu adalah tindakan yang betul tetapi sebenarnya memberi impak negatif yang sangat besar pada perkembangan perniagaan. Perancangan strategik yang lemah dan cara pemasaran yang kurang tepat adalah 2 faktor yang paling banyak dilakukan. Akibatnya, lebih separuh daripada perniagaan gagal dalam lima tahun pertama.
Sebilangan besar pemilik perniagaan sebenarnya tahu bahawa mereka memerlukan website. Macam yang kami cakap dalam blog sebelum ni. Cuma, masalahnya adalah mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Rujuk sini: Jom Onlinekan Bisnes Anda!
Kami tahu, untuk membina website sebenarnya susah. Cakap senang lah kan? Tetapi, sebab itu lah kami akan meniliti setiap masalah yang dihadapi pemilik perniagaan agar kita dapat sama – sama belajar supaya setiap perniagaan boleh memiliki website.
Perniagaan Terlalu Kecil atau Terlalu Baru
Sebilangan besar pemilik perniagaan kecil berpendapat bahawa website hanya untuk perniagaan yang lebih besar. Faktanya adalah semua saiz perniagaan mesti ada website.
Mengapa Tidak Membuat Website Kemudian Sahaja?
Pertama sekali kami nak beritahu, semua bakal pelanggan anda berada di internet. Semua pesaing anda juga mungkin melakukan perniagaan atas talian dengan memiliki website yang profesional. Sekiranya anda merancang untuk bersaing dan mendapatkan pelanggan tersebut, maka anda perlu lah mendapatkan website untuk perniagaan anda pada awal proses perniagaan lagi. Anda ketinggalan zaman sebenarnya, sekiranya anda terus fikir untuk membuat website kemudian setelah perniagaan anda lebih berjaya.
Pelanggan bergantung pada website anda dan maklumat lain yang mereka dapat dalam internet untuk menentukan sama ada mereka mahu berurusan dengan anda atau tidak. Sekiranya mereka tidak dapat menemui maklumat ini dari anda, mereka mungkin akan mula mencari perniagaan lain untuk berurusan dan seterusnya menjadi pelanggan mereka. Kan dah rugi seorang pelanggan macam tu? Itu baru seorang. Cuba bayangkan kalau 100 orang macam tu?
Maka dengan itu, anda semua perlu ingat bahawa menunda sesuatu perkara ni kadang- kadang tak membantu. Ia hanya melambatkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Senario kes terbaik ialah perniagaan berjaya, tetapi kehilangan bakal pelanggan. Senario terburuk adalah perniagaan gagal, tetapi akan berjaya dengan kehadiran digital. Jadi anda fikir lah. Rugi tak kalau tak ada website?
Website Terlalu Mahal
Sebilangan besar pemilik perniagaan baru tidak memahami harga website. Ini kerana mereka sudah tahu harga untuk sebuah website mampu menjangkau sehingga ke RM30 ribu ringgit! Sesetengah syarikat pembuat website meletakkan harga sebegitu kerana terdapat banyak faktor, termasuk kerumitan projek dan kemahiran pereka website. Nasib baik, jika anda menjalankan perniagaan kecil, website anda mungkin jauh lebih murah.
Sebilangan besar perniagaan kecil boleh mendapatkan website profesional yang hebat dengan harga beberapa ribu ringgit sahaja. Sekiranya anda memerlukan sesuatu yang lebih mewah, ia mungkin mencecah puluhan ribu ringgit seperti yang kami beritahu tadi. Sekiranya anda terjumpa dengan syarikat pereka website dengan harga yang lebih tinggi daripada itu, anda perlu memastikan bahawa anda bercakap dengan pereka website yang betul.
Kesimpulannya
Semua perniagaan memerlukan website dan ini adalah sesuatu yang anda harus dapatkan secepat mungkin. Sebaik-baiknya, anda memikirkannya semasa membuat perancangan perniagaan awal lagi.
Sekiranya anda tidak pasti cara mengintegrasikan website anda ke dalam rancangan anda, pertimbangkan untuk mencari pakar pemasaran digital. Mereka dapat memastikan website dan usaha pemasaran digital anda diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Ingatlah bahawa memiliki website adalah bahagian penting dalam perniagaan apa pun. Fikirkan website anda sebagai salah satu perbelanjaan pemasaran digital pertama anda. Oleh itu, ia juga harus menjadi sebahagian daripada anggaran pemasaran untuk perniagaan kecil anda.