Menghasilkan grafik media sosial mampu mewujudkan penglibatan antara pengguna dan anda di media sosial. Ini adalah perkara yang penting bagi mana-mana jenama yang ingin meningkatkan kesedaran atau mengembangkan data pelanggan. Oleh itu, ia bukan lagi rahsia lagi bahawa sebagai pengguna media digital, posting anda di media sosial dipenuhi dengan kisah pelanggan. Contoh seperti testimoni, perbualan anda dengan pelanggan, kemaskini media sosial dengan info-info dan maklumat baru berkenaan produk dan sebagainya.
Sebagai pengguna, mereka selalu dibanjiri dengan cara yang sama seperti ini di pelbagai media sosial. Sebagai pengurus media sosial, pasti anda pernah berasa sukar untuk menonjol daripada yang lain kerana perniagaan lain juga melakukan hal yang sama. Tetapi, masih terdapat perniagaan yang berjaya menonjol dan apakah strategi mereka? Menghasilkan grafik media sosial.
Kepentingan Memperlihatkan Visual di Media Sosial
Kekuatan visual untuk menarik perhatian dan mendorong penglibatan pengguna tidak dapat disangkal lagi. Fikirkanlah, jenis kandungan apa yang anda rasa terhubung dalam pandangan anda sendiri?
Tetapi memutuskan untuk menghasilkan grafik adalah langkah pertama. Menghasilkannya dengan cara yang menarik, sambil meningkatkan jenama anda dan memupuk kepercayaan dengan khalayak sasaran anda, memerlukan sedikit pengetahuan reka bentuk dan visi strategik.
Prinsip Asas Reka Bentuk untuk Menghasilkan Grafik Media Sosial yang Berkesan
#1. Ketepatan
Mungkin prinsip terpenting dalam reka bentuk yang baik ialah sangat jelas, pastikan teks yang mudah dibaca dan lain-lain. Jangan meluangkan masa terlalu lama dengan menggunakan huruf-huruf yang begitu unik dan mewah yang mungkin kelihatan cantik, tetapi akhirnya tak ramai pun yang baca.
Perlu diingat bahawa pengguna di Malaysia kini menghabiskan rata-rata 8 jam sehari 5 minit di internet pada peranti mudah alih dengan anggaran 89.4% masa itu di aplikasi media sosial terutamanya di Facebook. Ini bermaksud sebahagian besar kandungan anda akan habis digunakan di skrin kecil. Pastikan anda pandai bermain dengan saiz huruf dan bila masa perlu dibesarkan, bila masa perlu dikecilkan.
#2. Warna
Warna adalah alat yang tidak ternilai untuk mencipta kontras dan keseimbangan. Tetapi penting untuk mengetahui bagaimana warna atau pasangan tertentu mempengaruhi persepsi. Beberapa warna seperti warna dalam keluarga merah dan kuning, dapat merangsang dan memberi tenaga. Sementara yang lain seperti warna dalam spektrum biru dapat menyampaikan ketenangan dan kepercayaan.
Semasa anda memulakan reka bentuk anda, fikirkan tentang emosi apa yang ingin anda bangkitkan. Sebaik sahaja anda mengetahui emosi dan kesan yang diingini, anda boleh bermain-main dengan palet warna yang ada. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan idea mengenai pengelompokan warna yang mewujudkan keharmonian dan keseimbangan. Anda juga boleh tahu cara menggunakannya dalam mesej anda.
#3. Tipografi
Sama seperti warna, tipografi menyampaikan mood dan nada. Kadang-kadang lebih berkuasa daripada mesej yang disampaikan. Semasa memilih jenis tulisan, fikirkan nada kata yang anda mahukan.
Sebilangan posting di media sosial anda mungkin bertujuan membawa elemen kelakar. Mungkin juga yang lebih serius. Ketahui di mana anda mempunyai ruang untuk ekspresif dengan jenis huruf anda dan di mana anda mahu jenis tulisan anda lebih neutral. Dari sana, anda boleh meneroka jenis huruf yang paling sesuai.
Menghasilkan Grafik Media Sosial & Identiti Jenama
Berbekalkan asas-asas reka bentuk grafik yang baik untuk media sosial, kita sekarang dapat mengalihkan perhatian kita kepada identiti jenama dan bagaimana memanfaatkan visual anda untuk memperkuat dan meningkatkan penjenamaan anda.
Bahagian asas pembinaan jenama adalah berterusan. Kadangkala, ia memakan masa dalam lima hingga tujuh impressi untuk orang mula mengenali jenama anda. Ini bererti bahawa pengulangan jenama anda seperti logo, warna dan jenis huruf adalah sangat penting.
Sekiranya grafik anda kelihatan berkaitan antara satu sama lain, maka pengguna dapat membentuk pemahaman yang lebih jelas mengenai jenama anda dalam fikiran mereka. Sekiranya grafik anda kelihatan dan terasa berbeza setiap masa, mereka tidak akan mempunyai kesan penjenamaan kumulatif.
Kami di Syspro Web Development pakar dan berpengalaman dalam menghasilkan grafik media sosial yang menarik perhatian pelanggan. Anda boleh rujuk dengan pakar sekiranya anda masih berasa sukar untuk menghasilkan reka bentuk media sosial. Kami di Syspro Web Development, mampu membantu anda menaikkan sales untuk perniagaan anda. Sudah ramai peniaga di luar sana yang kami bantu.
Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari ke laman ini dan dapatkan konsultasi pemasaran digital secara PERCUMA.