Impian setiap perniagaan untuk menaikkan jualan mereka sama ada di media sosial, website, premis, dan sebagainya. Sebelum anda berhasrat untuk mengembangkan perniagaan online anda, anda perlu ketahui dulu 5 tips menaikkan di media sosial ini.
1. Tarikh dan masa anda kongsikan post adalah penting
Setiap saluran mempunyai waktu puncak mereka masing-masing. Terdapat juga masa di mana hampir tidak ada calon pembeli anda dalam talian. Hari ini, anda akan belajar kapan berkongsi kandungan luar biasa yang anda buat untuk menjangkau kebanyakan orang.
Menurut kajian Buffer, waktu terbaik untuk berkongsi post ke Facebook adalah antara pukul 1 tengahari hingga 3 petang pada hari minggu dan Sabtu. Mereka juga mendapati bahawa kadar hubungan dengan pengikut atau kita panggil sebagai engagement rates adalah 18% lebih tinggi pada hari Khamis dan Jumaat.
Walaubagaimanapun, kajian daripada Hubspot mengatakan, waktu terbaik untuk berkongsi post anda di Facebook adalah pada hari Khamis dan Jumaat antara pukul 1 tengahari hingga 3 petang.
Semua kajian ini sebenarnya dapat membantu pemasar ke arah yang betul. Hampir setiap kajian menunjukkan ‘waktu terbaik untuk mengepos’ yang berbeza. Hakikat sebenar ialah waktu terbaik untuk mengeposkan kandungan bergantung pada beberapa faktor yang khusus untuk setiap perniagaan. Apa industri anda? Di mana lokasi audiens anda berada? Bila mereka selalu online?
2. Gunakan hashtag #
Hashtag adalah bahagian penting dalam pemasaran media sosial. Ini adalah kaedah terbaik untuk melabel dan mencari benda terbaru media sosial. Ini menjadikan kandungan anda dapat ditemui, dan membolehkan anda mencari kandungan yang relevan dari orang lain dan perniagaan. Hashtag membolehkan anda berhubung dan melibatkan pengguna media sosial lain, berdasarkan tema atau minat yang sama. Ini memang sangat membantu anda untuk meningkatkan trafik di Facebook dan Instagram.
Hashtag dapat meningkatkan kesedaran yang mana menjadikan kandungan anda dilihat oleh lebih ramai orang. Dengan hanya memasukkan #hashtag ke dalam kandungan media sosial anda, anda dapat memperluas jangkauan dan meningkatkan audiens anda. Jika anda dapat menguasai cara penggunaan hashtag yang baik, itu adalah asas kejayaan anda di media sosial.
3. Maksimumkan penggunaan gambar
Media sosial adalah ruang yang sesak dan menggunakan gambar adalah cara terbaik untuk menarik perhatian pengguna. Posting media sosial yang disertakan dengan gambar atau grafik yang menarik adalah sepuluh kali ganda memungkinkan anda untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna.
Kerana otak kita bertindak balas dengan cepat terhadap gambar dan warna jika dibandingkan dengan jenis maklumat lain.Sudah tentu, jika anda benar-benar ingin dapatkan perhatian seperti yang anda mahukan, anda mesti berkongsi gambar yang menarik. Sekiranya mesej gambar anda tertumpu pada lelaki kolej, anda tak boleh lah berkongsi gambar keluarga dengan anak-anak di media sosial. Sebab tu, penting untuk anda tahu grafik seperti mana yang sesuai dengan sasaran audiens anda.
Seperti yang pasukan kami lakukan, pakar grafik kami menghasilkan grafik yang memukau dan mampu menarik perhatian pengguna. Grafik yang dihasilkan adalah relevan serta mendapat tontonan yang banyak! Anda nak grafik media sosial menarik? Klik sini.
4. Fikirkan kandungan yang terbaik
Apa rancangan bagi mana-mana pemasar digital sekarang? Betul! Membuat kandungan yang luar biasa! Anda tahu kan, kandungan yang terbaik dapat menarik pelanggan dan lead, membina hubungan dengan pengikut anda, dan tidak menakutkan pengguna dengan taktik penjualan yang agresif dan ganas,
Pengguna sekarang sudah bijak dan tahu apa yang mereka inginkan. Mereka lebih mahukan kandungan penjualan yang berguna dan menarik serta bermanfaat. Kami rasa sudah ramai yang tahu tentang hal ini di mana bagus kerana anda tahu apa yang terbaik untuk pelanggan anda.
Menurut data 2017 – 2018 dari Institut Pemasaran Kandungan, 86% pemasar B2C atau business to consumer dan 91% pemasar B2B atau business to businessme kini semuanya menggunakan pemasaran kandungan.
Jadi, anda harus menitikberatkan kandungan yang macam mana anda ingin keluarkan. Anda boleh untuk berkongsi tentang apa-apa sahaja. Tapi, anda harus mementingkan faktor kualiti kandungan tersebut. Pengikut tidak suka melihat atau membaca suatu perkongsian yang tidak berkualiti dan tidak membawa apa-apa manfaat dan daya tarikan. Di sini lah copywriting dan grafik media sosial memainkan peranan yang penting! Dua elemen penting itu mampu menaikkan jualan anda di media sosial sahaja.
5. Jangan berkongsi post sekiranya tiada gambar
Seperti yang kami beritahu di atas, gambar ni mampu menarik perhatian pengguna. Jadi, sekiranya anda tiada gambar yang boleh dikongsikan, adalah lebih baik jika anda tidak melakukan posting.
Untuk menarik perhatian pengguna anda, pastikan untuk menggunakan pelbagai gambar. Cuba untuk membuat gambar yang pelbagai seperti gambar yang bertemakan abstrak, kekeluargaan, hiburan, dan sebagainya. Jangan tertumpu untuk satu tema sahaja.
Ini akan mengurangkan risiko anda untuk tidak kehilangan peminat kerana kebosanan dan pengulangan gambar di media sosial.
Apa sahaja yang anda lakukan, elakkan selfie. Kehadiran media sosial anda mestilah mengenai sasaran anda, bukan tentang anda!
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghasilkan grafik dan copywriting yang berbeza untuk setiap posting anda di media sosial, kami mampu lakukannya untuk anda. Yang perlu anda lakukan hanyalah tenang menjalankan perniagaan dan kami akan menguruskan masalah anda,
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!