Statistik pemasaran media sosial dapat menunjukkan kepada anda keadaan dunia perniagaan hari ini. Ke mana arah tujuannya dan bagaimana anda dapat memastikan perniagaan anda terus berjumpa dengan pelanggan di mana mereka ingin bertemu. Gunakan statistik ini untuk keuntungan anda dan untuk membantu anda memahami apa yang perlu anda lakukan dengan menggunakan media sosial lebih berkesan untuk perniagaan anda hari ini.
#1. Hampir 50% penduduk dunia menggunakan media sosial.
Penggunaan media sosial adalah salah satu aktiviti dalam talian yang paling popular di seluruh negara. Pada tahun 2020, lebih dari 3.6 bilion orang menggunakan media sosial di seluruh dunia. Namun, ia akan meningkat menjadi hampir 4.41 bilion pada tahun 2025.
Rangkaian sosial adalah salah satu aktiviti digital yang paling popular di seluruh dunia. Jadi,ini tidak menghairankan lah bahawa penembusan rangkaian sosial di semua wilayah sentiasa meningkat. Pada Januari 2020, kadar penggunaan media sosial global adalah 49 peratus. Angka ini diperkirakan akan berkembang seiring pasar digital yang kurang berkembang mengejar daerah lain dalam hal pembangunan infrastruktur dan ketersediaan peranti mudah alih yang murah.
Sebenarnya, sebahagian besar pertumbuhan global media sosial didorong oleh peningkatan penggunaan peranti mudah alih. Pasaran pertama bergerak di Asia Timur menduduki peringkat global penembusan rangkaian sosial mudah alih. Diikuti oleh pusat kuasa digital yang mapan seperti Amerika dan Eropah Utara.
#2. Pada tahun 2018, 64% Milenium, 18.1% Generasi X, dan 17.9% Baby Boomers adalah pengguna media sosial yang aktif.
Jumlah pengguna rangkaian sosial di Malaysia dari 2017 hingga 2019 dan meramalkan hingga 2025. Menjelang 2025, dianggarkan akan ada sekitar 33.46 juta pengguna rangkaian sosial di negara ini, meningkat dari sekitar 29 juta pada tahun 2019.
Catatan: Pengguna internet yang menggunakan rangkaian sosial melalui peranti apa pun sekurang-kurangnya sekali sebulan. Golongan milenium adalah individu yang dilahirkan antara tahun 1981 dan 1996 iaitu yang berumur daripada 24 tahun hingga 39 tahun. Gen X adalah individu yang lahir antara tahun 1965 dan 1980 iaitu berumur daripada 40 tahun sehingga 55 tahun. Baby boomer adalah individu dilahirkan antara tahun 1946 dan 1964 yang berumur daripada 56 tahun sehingga 74 tahun.
#3. 89.4% akses media sosial menggunakan telefon
Sebanyak 96% pengguna bersamaan dengan 21.9 juta pengguna lebih gemar menggunakan telefon pintar untuk mengakses data dan maklumat. Hal ini termasuklah dengan mengakses ke media sosial untuk mencari maklumat produk dan melihat jenama yang mereka minat.
Sebab itu, penting untuk anda melakukan perhubungan yang tinggi antara pelanggan dengan perniagaan anda. Contoh seperti anda buat Live Streaming, hasilkan kandungan-kandungan menarik seperti kuiz, dan sebagainya. Pastikan pelanggan boleh berkomunikasi dengan anda melalui platform ini bagi merapatkan lagi hubungan anda dengan mereka.
#4. 58% membuat pembelian produk online menggunakan telefon
Data menunjukkan terdapat sebanyak 75% orang Malaysia yang membeli barang atau servis secara online dan 58% daripadanya membuat pembelian menggunakan telefon. Hal ini jelas menyokong statistik di atas di mana pengguna lebih gemar akses media sosial menggunakan telefon dan membuat pembelian menerusinya juga.
Ini lah masa untuk anda bertukar dari bisnes tradisional ke bisnes online. Pengguna juga semakin mudah dan pantas dapat membeli barangan idaman mereka. Anda juga dapat mengelakkan stok barang yang disimpan lama di kedai. Betul kan?
#5. 8 jam 5 minit sehari diluangkan di media sosial
Rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan masa menggunakan internet selama 8 jam 5 minit sehari, dengan purata waktu penggunaan media sosial setiap hari adalah 2 jam 58 minit. Purata waktu menonton televisyen setiap hari melalui penyiaran / streaming adalah 2 jam 52 minit, dan rata-rata masa harian yang dihabiskan untuk mendengar muzik streaming adalah 1 jam 18 minit.
Hal ini jelas membuktikan kepada anda untuk bertukar bisnes anda ke online. Ramai sekarang yang menggunakan media sosial bagi mendapat pelbagai jenis mkalumat sama ada produk, hiburan, berita, dan lain-lain. Anda tidak boleh lepaskan peluang berharga ini dan membiarkan pelanggan tidak sedar dengan jenama anda. Bertukar ke online sekarang dan naikkan jualan anda!
Naikkan Jualan Anda!
Apabila ramai pengguna yang sudah hadir ke platform media sosial anda, anda haruslah memastikan grafik dan copywriting adalah menarik. Barulah pengguna boleh membuat keputusan untuk membeli. Sekiranya anda tidak ada grafik dan copywriting menarik kerana terlalu sibuk uruskan bisnes, anda tidak dapat lah menaikkan jualan anda.
Kami boleh bantu anda. Sudah ramai usahawan di luar sana yang sudah berjaya dan lariskan jualan mereka hanya dengan grafik media sosial dan copywriting memukau pelanggan! Kami juga boleh uruskan media sosial untuk anda dan anda dengan tenang saja uruskan bisnes. Jualan pun semakin naik!
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!