Memasarkan perniagaan menggunakan platform digital menjadi pilihan setiap perniagaan online sama ada kecil atau besar pada tahun 2020. Kami boleh lihat peningkatan ini selaras dengan dunia melalui revolusi pendigitalan buat masa sekarang ini. Bagaimanapun, kami masih melihat masih ada segelintir perniagaan yang tidak memandang serius dengan hal ini. Kebanyakannya mempunyai pemikiran bahawa pemasaran digital menggunakan media sosial tidak akan menguntungkan perniagaan mereka.
“Pelanggan kami tahu siapa kami dan mereka tahu di mana untuk mencari kami”
Anda pernah dengar ayat ni? Jangan salah faham. Hal ini bagus jika pelanggan sudah kenal siapa anda dan tahu di mana untuk mencari anda. Ini menunjukkan bahawa anda sudah mewujudkan pangkalan pelanggan yang mantap. Tetapi, sekiranya anda menggunakan media sosial untuk memasarkan perniagaan anda akan membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak wang dari pelanggan yang sedia ada selain memperoleh pelanggan yang baru.
Tetapi, anda kena ingat pula sekiranya anda tiada strategi mantap untuk media sosial, ia boleh memudaratkan perniagaan anda. Jadi, sebelum anda memulakan pemasaran di media sosial, pastikan anda ada strategi media sosial yang berkesan. Supaya, anda tidak akan menanggung kerugian di kemudian hari.
#1. Ikuti trend terkini
Anda mungkin tak nampak bahawa kurangnya kehadiran anda di media sosial sebenarnya memberikan kesan kepada anda. Anda mungkin tak nampak kesannya pada hari ini. Tapi, anda kena ingat, kesan itu akan datang juga pada masa akan datang. Jadi, lebih baik anda bertindak sekarang dan jangan tunggu sampai semuanya dah terlambat.
Anda harus mengikuti trend semasa dan terkini untuk diterapkan dalam grafik media sosial dan copywriting anda. Supaya pengikut dan pelanggan anda sentiasa tertarik dengan posting media sosial yang anda kongsikan. Peluang untuk mereka kongsi semula post anda juga adalah tinggi! Ini lah kita ingin capai!
#2. Wujudkan platform media sosial selain Facebook
“Kami dah ada Facebook”
Kami sering kali terlihat ungkapan ini di platform-platform media sosial yang kami baca. Jika anda sudah ada akaun Facebook untuk bisnes anda, memang bagus. Dah betul dah arah tuju bisnes anda tu. Tapi, dengan Facebook sahaja tak cukup untuk memaksimumkan jangkauan audiens anda. Tak semua pelanggan anda berada di Facebook. Mereka berada di pelbagai platform media sosial.
Sama juga seperti anda. Anda sendiri ada laman media sosial selain Facebook kan? Jadi, sebab tu ada perlu wujudkan kehadiran bisnes anda di platform media sosial lain sebanyak mungkin. Ini semua usaha untuk memasarkan jenama anda kepada pengguna di luar sana yang masih tidak mengenali anda. Cuba anda lihat grafik di bawah ini.
Seperti yang anda lihat, Facebook menerajui pemasaran media sosial bagi perniagaan-perniagaan di luar sana. Kurang daripada separuh yang menggunakan Instagram, Youtube, dan Twitter untuk memasarkan jenama mereka. Tambahan pula, kurang dari satu pertiga pemilik perniagaan memanfaatkan LinkedIn dan Snapchat. Yang terbaru sekarang, pemasaran di Tiktok. Jadi, gunakan peluang untuk untuk mencipta akaun bisnes selain daripada Facebook.
#3. Aktifkan pengeposan di media sosial
Setelah anda mempunyai profil media sosial di pelbagai platform seperti di Instagram, Twitter, dan sebagainya, langkah seterusnya adalah anda harus memastikan akaun tersebut aktif. Aktif di sini bermaksud anda rajin mengemaskini laman media sosial dengan grafik dan copywriting baru. Anda tidak boleh menggunakan ayat dan grafik yang sama setiap kali anda mengemaskini. Grafik dan copywriting haruslah berbeza dan menarik. Tapi ini bukan bermakna anda tidak boleh berkongsi post yang sama ke laman media sosial yang lain. Itu berbeza dengan apa yang kami kongsikan sebelum ini di Facebook kami.
Baca Di Sini: 3 Cara Media Sosial Boleh Naikkan Jualan
Sekiranya terdapat pengguna anda yang datang ke laman media sosial dan mereka mendapati bahawa kali terakhir anda kemaskini posting anda adalah pada 3 minggu yang lalu, dengan mudahnya mereka tidak akan lagi mengikuti anda. Untuk apa mereka mengikuti jenama yang tidak menyiarkan apa-apa kandungan terbaru? Lebih baik mereka pergi ke jenama lain yang aktif kongsikan kandungan mereka dan yang boleh melayan mereka.
Buat pengetahuan anda, tidak semua pengguna dan pelanggan anda rajin untuk ke media sosial anda dan membaca kandungan anda. Jangan salah faham. Kami tidak pukul rata semua perilaku pengguna anda. Mungkin ada sesetengah yang memang rajin untuk ke laman media sosial anda.
Tapi itu tidak menolak kenyataan bahawa ada juga pengguna yang tidak akan ke laman media sosial anda melainkan anda ada kongsikan apa-apa kandungan yang terbaru. Mereka lihat itu pun sebab posting anda lalu di laman utama dan timeline mereka.
Wujudkan Strategi Media Sosial Yang Betul
Perniagaan anda perlu menggunakan media sosial untuk terus relevan pada zaman sekarang. Macam yang kami kongsikan, ramai perniagaan yang sudah menggunakan platform media sosial untuk memasarkan perniagaan mereka. Jika anda masih lagi tidak menggunakannya, perniagaan anda sudah tidak relevan lagi.
Baca Di Sini: 3 Manfaat Pemasaran Media Sosial Yang Boleh Lonjakkan Jualan
Ingat, dengan hanya mempunyai akaun Facebook sahaja tak cukup untuk anda memaksimumkan kecekapan pemasaran media sosial anda. Anda boleh mula dari hari ni dengan cipta akaun media sosial yang lain bagi melariskan lagi jualan dan produk anda.
Seterusnya, hasilkan grafik media sosial dan copywriting yang menarik dan mengikut trend terkini supaya anda tidak ketinggalan zaman. Pengguna sekarang semakin bijak memilih yang terbaik untuk diri mereka. Maka, anda perlu betul-betul dan bersungguh memasarkan perniagaan anda menggunakan media sosial ini. Pastikan anda ada strategi yang tepat untuk menjangkau audiens anda.
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!