Anda akan melalui proses information gathering iaitu kami akan buat panggilan telefon dan dapatkan maklumat anda. Kami juga akan meminta anda untuk mengisi segala maklumat yang kami perlukan di borang yang akan kami hantar.
Kami akan jalankan strategi mendapatkan maklumat daripada pesaing-pesaing anda dan lakukan analisis. Idea yang menarik perhatian akan kami bincangkan dan dapatkan info-info yang tepat sebelum membuat copywriting. Mood-mood yang berbeza juga akan diaplikasikan dalam copywriting supaya dapat engage dengan pelanggan.
Harga yang ditawarkan adalah dalam bulanan tetapi kami sarankan kepada anda untuk renew bayaran projek. Hal ini kerana platform media sosial lebih penting untuk dikemaskini sentiasa dan secara aktif.
Tarikh posting kami akan tentukan mengikut pakej yang anda ambil. Tetapi, jika anda ada tarikh posting sendiri, kami akan sesuaikan mengikut kalendar anda.
Sistem kami canggih dan team kami sentiasa bersedia untuk menyambut masalah anda. Kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap projek dan ramai yang berpuas hati dengan servis kami.
Anda boleh renew dengan pakej yang sama / upgrade / downgrade. Jika anda keliru untuk membuat pilihan, anda boleh meminta nasihat daripada kami. Kami akan bantu anda.
Semestinya rekaan grafik kami menarik dan dalam resolusi tinggi yang sesuai untuk segala jenis paparan skrin. Grafik kami juga menyokong sistem operasi IOS dan Android.