Statistik copywriting mungkin tak diambil tahu oleh beberapa pihak. Namun, kami di sini ingin mengajar anda tentang ia. Melabur dalam copywriting ni boleh memberi perbezaan yang nyata kepada kejayaan perniagaan anda. Copywriting yang baik adalah lebih daripada sekadar mengisi halaman dengan kata-kata, dan statistik ini menunjukkan apa yang anda dapat buat dengan beberapa perubahan sederhana pada strategi copywriting anda sekarang.
#1. 8 daripada 10 orang hanya membaca headline
Bayangkan. Anda dah menulis beribu-ribu perkataan dengan penuh keringat dan tenaga. Tapi, tak ada sesiapa yang membacanya. Sebenarnya, lapan daripada sepuluh orang hanya membaca headline. Sekiranya headline anda tidak menarik dan tidak dapat mempengaruhi pembaca untuk membaca keseluruhan konten, mereka akan pergi begitu saja. Tapi ini bukanlah bermakna tak ada sesiapa langsung membaca konten anda. Ada, cuma bilangannya sedikit iaitu 2 daripada sepuluh orang. Kerana 8 orang lagi baca headline saja. Walaupun masih ada yang membaca tapi bilangannya terlalu sedikit.
#2. Pembaca hanya menggunakan 20% kandungan di satu halaman
Anda menulis catatan blog yang sangat indah dan informatif. Mungkin sampai 3,000 patah perkataan dan penuh dengan maklumat hebat. Kami ada berita buruk untuk anda. Pengguna hanya akan membaca kira-kira 600 patah perkataan daripada 3,000 itu. Ini kerana pembaca hanya menggunakan kira-kira 20% daripada apa yang ada di halaman tersebut.
Ramai pembaca mencari taktik atau maklumat yang sangat tepat. Oleh itu, mereka meneliti membaca tajuk untuk mencari apa yang mereka perlukan sebelum merek pergi. Jarang orang membaca setiap patah perkataan seperti yang kita mahukan. Sebab tu, anda kena ada format copywriting yang betul supaya info yang disampaikan itu jelas.
#3. 74% pembaca web memperhatikan kualiti ejaan dan tatabahasa
Ejaan dan tatabahasa yang digunakan pada halaman akan memberi kesan langsung kepada penjenamaan. Bayangkan diri anda. Sekiranya anda akan membeli produk dan bila anda baca tentang maklumat prioduk tersebut, anda dapati ia penuh dengan kesilapan. Apa yang anda rasa? Tak berapa syok bukan? Sekiranya anda tidak berusaha memperhatikan setiap ejaan, anda terlepas peluang untuk membuat pembaca anda kekal dengan anda. Jadi, jangan malas. Luangkan masa untuk mengedit setelah selesai menulis copywriting untuk menggilapnya seperti kereta. Jika tidak, anda akan kehilangan pelanggan dan wang. Ini benda betul ni.
#4. Call to Action Rekaan Sendiri Menghasilkan Impak 202% Lebih Baik daripada CTA Biasa
Call to Action atau CTA adalah ungkapan yang memberitahu pelanggan apa yang harus dilakukan seterusnya. Sama ada untuk membeli produk, mendaftar, menjadualkan demo percuma, dan lain-lain. Copywriting tanpa CTA adalah seperti penkek tanpa sirap. Kurang enak kan? Sama lah juga macam penggunaan CTA dalam copywriting ni. Dia kurang memberi impak. Walau bagaimanapun, CTA ni tidak boleh bersifat generik atau umum. CTA seperti “Beli sekarang” atau “Daftar hari ini” banyak digunakan dalam apa-apa jua keadaan. Tetapi, pemasar syarikat luar negara mengatakan CTA yang direka sendiri dapat memberikan impak yang lagi bagus.
“Kenali produk ini” jauh lebih baik daripada “Ketahui lebih lanjut” atau frasa generik lain. Kerana ia dapat meberitahu pengikut anda bahawa mereka boleh mempelajari lebih lanjut mengenai produk secara mendalam berbanding sesuatu seperti “Ketahui lebih lanjut” yang tidak jelas. Jadi, sebab apa CTA jenis ini lebih baik digunakan daripada CTA jenis biasa? Kerana anda memberikan mereka kandungan yang menunjukkan tahap minat dan pengetahuan mereka mengenai perkara ini.
#5. Mesej yang ditulis pada tahap bacaan tahap tiga mendapat 36% lebih banyak respons
Sekiranya anda menulis copywriting dengan cara yang hanya dapat difahami oleh lulusan Oxford, anda akan kehilangan sebilangan besar pelanggan. Ini kerana tahap bacaan ornag ramai rata-rata hampir tidak berada di tahap itu. Fikirkan seperti ini. Sekiranya anda bercakap secara sederhana, semua orang dari saintis Google hingga orang awam dapat memahami anda. Walau bagaimanapun, jargon teknikal yang berlebihan dan perbendaharaan kata yang kompleks tidak dapat difahami oleh sekumpulan besar orang.
Elak menggunakan jargon atau perkataan teknikal yang hanya sesetengah bidang memahaminya. Bercakap dengan cara sederhana dapat memperluas pembaca anda dan akhirnya mereka bertukar menjadi pelanggan anda. Sekiranya anda perlukan juga menggunakan jargon teknikal, pastikan anda dapat menjelaskannya dengan mudah kepada pembaca anda.
Itu sahaja statistik copywriting yang kami ingin kongsikan bersama anda. Kami harap anda dapat menggunakan data ini bagi memperelok dan percantikkan lagi copywriting anda sama ada untuk jualan atau bukan.
Butiran Padat Dan Berkualiti Tentang Rahsia Grafik Dan Copywriting
You want to know the secret to enlivening customers just through graphics and copywriting on social media? This ebook contains 177 pages, it is written based on 8 years of experience in the field of advertising. This is a complete guide to getting customers to come to you and they are ready to buy from you!