Cara naikkan sales dengan membuat pemberian potongan harga seperti yang selalu dilakukan secara tradisional boleh memberi kesan yang besar kepada perniagaan anda di hari-hari yang akan mendatang. Berikut adalah beberapa kaedah yang lebih kreatif untuk meningkatkan penjualan.
Anda tidak perlu mengurangkan untung kasar anda hanya untuk membuat jualan. Meskipun, potongan harga boleh menjadi satu cara yang hebat untuk menaikkan jualan, tetapi pada masa yang sama ia juga cara yang ‘mahal’. Lebih buruk lagi, jika pelanggan anda mulai menunggu anda membuat potongan harga. Hal ini akan merugikan dan mengurangkan produktiviti perniagaan anda.
#1. Servis Penghantaran
Sebelum anda memberi sebarang potongan harga untuk barangan anda adalah lebih baik sekiranya anda pertimbangkan keperluan cas penghantaran untuk servis penghantaran anda. Menawarkan penghantaran percuma atau penghantaran pantas untuk pembelian yang dilakukan dalam jangka masa tertentu atau melebihi jumlah bayaran tertentu adalah lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Selain dapat naikkan sales dengan menawarkan servis penghantaran percuma, anda juga dapat memberikan pengalaman pengguna yang baik. Mereka pastinya berasakan bisnes anda lah yang terbaik kerana jika mereka bandingkan dengan bisnes lain, mereka terpasa membayar untuk servis penghantaran.
#2. Ganjaran Pesanan Pukal
Tawarkan kepada pelanggan yang membeli secara besar-besaran beberapa jenis ganjaran, seperti keahlian kelab pelanggan percuma atau kemeja-T percuma atau barang promosi lain. Ganjaran-ganjaran seperti ini akan lebih memuaskan hati pelanggan disamping mengekalkan pendapatan anda. Lebih menarik sekiranya pelanggan dapat memilih ganjaran yang mereka inginkan. Contohnya, jika baju T-shirt diberikan sebagai ganjaran maka izinkan pelanggan untuk memilih warna yang mereka mahukan. Ini cara paling efektif untuk naikkan sales secara halus.
#3. Ciri-Ciri Istimewa Pada Produk
Pelanggan akan lebih berminat untuk membeli produk-produk yang tersenarai sebagai “hot item” atau “limited edition”. Jadi, sorotkan barangan tertentu dan letakkan di depan dan tengah kedai supaya produk itu lebih mudah dilihat. Jika anda melakukann bisnes online, anda boleh membuat posting yang menceritakan keistimewaan produk tersebut. Hasil jualan akan meningkat hanya kerana ia adalah “produk unggul” walaupun tiada diskaun diberikan. Pastikan barangan yang disorotkan mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding produk lain supaya barangan itu lebih menonjol.
Baca Lanjut: Cara Menghasilkan Grafik Yang Mudah Walaupun Anda Bukan Pereka
#4. Maklumbalas Pelanggan
Kumpulkan ulasan positif dari pelanggan dan letakkan di sebelah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Testimoni ini merupakan satu kuasa yang kuat dalam mempengaruhi pemikiran pelanggan. Dari testimoni maka akan terhasil lah kepercayaan dan keyakinan pelanggan. Mereka akan lebih percaya pada sesuatu jenama jika terdapat ramai yang menggunakannya. Jadi, anda harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan meletakkan testimoni pelanggan anda sebanyak yang mungkin.
Namun, satu perkara yang anda harus ingat ialah kami tidak galakkan anda untuk membuat testimoni palsu kerana pelanggan masa kini semakin bijak dalam menilai. Jika anda membuat testimoni palsu dan pelanggan anda mengetahui tentang itu, dikhuatiri akan menjejaskan imej bisnes anda. Sekaligus, merosakkan jualan bisnes anda.